Monday, March 17, 2014

Hamid Karzai: Sila tinggalkan Afghanistan

Hamid Karzai
Karzai yakin dengan kemampuan tentera Afghanistan untuk menjaga negara.
17 Mac 2014
 KABUL - AFGHANISTAN . Presiden Afghanistan, Hamid Karzai memberitahu Amerika Syarikat bahawa tentera mereka boleh meninggalkan negara tersebut hujung tahun ini.

Kelmarin, Karzai memaklumkan, tenteranya kini bersedia mengambil alih kerana 93 peratus daripada negara itu sudah dilindungi dan cukup kuat untuk dipertahankan tanpa bantuan asing.

"Semua negara asing tidak perlu lagi campur tangan di negara ini. kami mempunyai tentera yang boleh menjaga keamanan dan keselamatan negara," katanya, dipetik dari laporan Al Jazeera.

Arahan itu dibuat selepas beliau enggan menandatangani penyambungan perjanjian keselamatan dengan AS bagi tahun hadapan.

Sebelum negara itu mengadakan pilihan raya pada 5 April ini, difahamkan kesemua 10 calon presiden bersetuju menandatangani perjanjian tersebut jika dipilih namun Hamid menolak untuk berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment