Thursday, March 13, 2014

Ukraine elak operasi tentera di Crimea

Ukraine elak operasi tentera di Crimea
Ukraine enggan menggunakan tindakan ketenteraan di Crimea. Foto: Reuters 
13 Mac 2014

 KIEV - Presiden sementara Ukraine Oleksandr Turchynov menyatakan mereka tidak akan menggunakan tindakan ketenteraan untuk mengelakkan Crimea daripada berpisah dari negara itu.

Turchynov mengeluarkan kenyataan itu selepas Parlimen Crimea mengundi untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Ukraine referendum, Ahad ini.

"Jika operasi ketenteraan dilancarkan di Crimea, ia akan menyebabkan sempadan timur dekat Rusia dan Ukraine terdedah dengan sebarang ancaman," jelasnya pada  AFP.

Menurutnya lagi, Rusia berterusan menolak cadangan penyelesaian politik untuk menamatkan konflik antara kedua-dua negara tersebut.

No comments:

Post a Comment