Saturday, May 3, 2014

Brunei konsisten beri taklimat hudud

Brunei konsisten beri taklimat hudud
Pihak hal ehwal agama memberi penerangan dan demonstrasi mengenai tatacara hukuman sebat dilaksanakan.
3 Mei 2014   BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Brunei membuat lebih banyak taklimat mengenai Kod Panel Syariah dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hukum hudud yang dikuatkuasakan pada 1 Mei lalu.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama berkata, jawatankuasa penguatkuasaan kesedaran ditubuhkan untuk memberi lebih banyak taklimat secara konsisten mengenai undang-undang itu.

“Kami menerima banyak permintaan untuk memberi penerangan mengenai hukuman itu, “ katanya.

Jawatankuasa dipengerusikan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Abd Wahab Juned  dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Pengiran Datuk Paduka Bahrom Pengiran Haji Bahar telah membentuk kumpulan terdiri daripada 32 pegawai untuk melakukan taklimat itu.

Pegawai dilantik adalah dari Unit  Undang-undang Islam, Jabatan Peguam Negara, Pejabat Mufti Negeri, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Jabatan Hal Ehwal Syariah dan Pusat Dakwah Islam.

Sejak hudud diperkenalkan, statistik kerajaan mendedahkan, lebih 40,000 orang dari 82 kumpulan menghadiri taklimat terbabit, laporan dipetik dari Brunei Times.

No comments:

Post a Comment