Wednesday, May 28, 2014

Takut selamatkan 200 pelajar yang diculik


Abuja: Tentera Nigeria mendakwa berjaya mengesan lokasi lebih 200 pelajar perempuan yang diculik kumpulan Boko Haram.

Ketua angkatan tentera Nigeria, Alex Badeh bagaimanapun berkata, pihaknya bimbang untuk melancarkan usaha menyelamat kerana khuatir kumpulan itu akan bertindak membunuh pelajar terbabit.

“Kita tidak boleh menggunakan kekerasan untuk membebaskan mereka kerana ini akan menyebabkan pelajar itu dibunuh,” katanya kepada sekumpulan penunjuk perasaan yang menyelar kegagalan kerajaan membebaskan mangsa.

Badeh enggan mengulas lanjut ketika ditanya tempat pelajar itu ditahan.

“Kita mahukan mereka pulang.



Kami boleh melakukannya, tetapi mereka kini menjadi tebusan, adakah kekerasan boleh menyelesaikan masalah ini?,” katanya.

Kenyataan Badeh membayangkan kerajaan Nigeria memilih untuk berunding bagi menyelesaikan krisis tebusan itu.

- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

No comments:

Post a Comment