“Maklumat itu sudah diserahkan kepada Kumpulan Kerja Misi Mencari MH370 untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Lihat pesawat terbakar
Beliau mengulas laporan Phuket Gazette, kelmarin bahawa Katherine Tee, 41, yang sedang dalam pelayaran dari Kochi, India ke Phuket bersama suaminya, Marc Horn, 50, mendakwa melihat kapal terbang terbang terbakar melintasi langit malam dengan kepulan asap di belakang pesawat itu.
Tee yang berasal dari Liverpool berada keseorangan di atas kapal layar miliknya ketika itu.
“Hanya saya yang menyaksikan kejadian pada malam itu. Suami saya tidur di dek bawah ketika itu, manakala seorang lagi anak kapal tidur di atas kapal.
“Saya melihat sesuatu seperti kapal terbang terbakar. Itu apa yang saya fikirkan. Kemudian saya sangka saya akan jadi gila. Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat pesawat dengan lampu berwarna oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apa yang berlaku.
“Saya dapat lihat bentuk pesawat itu, ia kelihatan lebih panjang berbanding pesawat biasa. Malah terdapat kepulan asap hitam di belakangnya,” katanya kepada Phuket Gazette, tetapi mereka menyembunyikan pertemuan itu sehinggalah tiba di Phuket 10 Mac lalu. - AGENSI
No comments:
Post a Comment