Monday, July 7, 2014

Kerajaan Afghanistan tolak haram Facebook


Kabul: Kerajaan Afghanistan semalam menolak cadangan supaya Facebook diharamkan berikutan kemelut yang timbul selepas pilihan raya presiden.

Pertikaian antara calon presiden Ashraf Ghani dan Abdullah Abdullah berhubung isu penipuan ketika pilihan raya 14 Jun lalu kini banyak didebatkan di Internet dan dibimbangi mencetuskan keganasan.


Ashraf lebih banyak disokong golongan Pashtun di selatan dan timur negara itu manakala penyokong Abdullah rata-rata terdiri daripada kumpulan Tajik dan puak lain di utara Afghanistan.

Abdullah berjanji menolak keputusan pilihan raya itu yang bakal diumumkan hari ini kerana mendakwa dirinya mangsa penipuan antarabangsa dan mendesak supaya kertas undian disemak semula.


Bagaimanapun, Ashraf mendakwa menang secara adil malah mengatasi Abdullah dengan sejuta undi.


Dia mendesak supaya keputusan itu diumumkan seperti dijadualkan kerana sudah beberapa kali ditangguhkan.

Timbalan jurucakap presiden Fayeq Wahedi berkata, majlis keselamatan kebangsaan membincangkan supaya Facebook diharamkan dalam pertemuan yang diadakan semalam.

“Ada pengguna Facebook yang menyebarkan kebencian dan menggugat perpaduan negara.

“Namun, selepas berbincang, majlis memutuskan tidak akan mengharamkan Facebook,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/07

No comments:

Post a Comment