Friday, July 18, 2014

Wartawan pernah masuk ke dalam gaun Ferrera mahu jadi model di Britain



GETTY IMAGE
SEDIUK memasukkan kepalanya ke dalam gaun yang dipakai Ferrera pada Festival Filem Cannes, Perancis pada 16 Mei lalu.


LOS ANGELES - Seorang wartawan dari Ukraine, Vitalii Sediuk (gambar kecil) memohon maaf kepada beberapa selebriti Hollywood yang pernah menjadi bahan jenakanya dan mengumumkan dia akan berhijrah ke London, Britain untuk menjadi seorang model, lapor akhbar New York Daily News semalam.
Sediuk, 25, memberitahu, dia kini mahu mengubah kehidupannya dan berterima kasih kepada beberapa selebriti kerana masih bersabar dengan gurauannya.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Hollywood yang menerima kehadiran saya selama dua tahun setengah ini yang banyak mengajar saya erti kehidupan.
"Saya juga ingin memohon maaf kepada beberapa selebriti yang terlibat dengan lawak saya dan terima kasih kerana mereka masih mampu bersabar," katanya.
Menurutnya, dia membuat lawak tersebut dengan tujuan yang positif walaupun ada antaranya tidak menjadi dan gagal difahami oleh orang ramai.
"Saya tahu anda semua pasti tidak akan merindui saya," katanya.
Sediuk sebelum ini sering mencetuskan kontroversi dan terbaru dia ditangkap selepas sanggup memasukkan kepalanya ke dalam gaun aktres popular, America Ferrera di Festival Filem Cannes, Perancis pada 16 Mei lalu.
Dia juga pernah ditampar aktor terkenal, Will Smith selepas cuba mencium pelakon tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz37lkNivZt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment