Friday, June 20, 2014

Sukar dapat isyarat


Penduduk di beberapa kampung terpaksa mendaki bukit sejauh 800 meter pada setiap hari semata-mata mahu mendapatkan isyarat telefon. - AGENSI
ISTANBUL 19 Jun - Penduduk di beberapa kampung terpencil di timur Turki mungkin boleh berbangga kerana berpeluang menikmati panorama yang cantik, tetapi hakikatnya mereka terpaksa mendaki bukit sejauh 800 meter pada setiap hari semata-mata mahu mendapatkan isyarat telefon.
Kawasan perkampungan tersebut yang terletak di daerah Baskale berhampiran sempadan Iran, kira-kira 112 kilometer daripada bandar terdekat, menyebabkan penduduk sukar menghubungi orang yang mereka sayangi pada setiap hari.
Malah, mereka perlu berada di kawasan tertentu di atas bukit termasuk sebuah menara tangki air untuk membuat panggilan, sekali gus menimbulkan kebimbangan bagi mendapatkan bantuan jika berlaku perkara tidak diingini.
Seorang jurugambar tempatan yang bekerja di bandar Van, Ozkan Bilgin sempat merakamkan rutin harian penduduk tempatan berpusu-pusu mendaki bukit dan berkumpul di lokasi tertentu untuk mendapatkan isyarat telefon.
Katanya kepada Mail Online, setiap kali musim salji, hujan atau ribut, penduduk akan terasing daripada dunia luar kerana tidak mendapat isyarat telefon dari rumah masing-masing.
"Situasi tersebut menyebabkan kira-kira 15 daripada 50 penduduk telah berpindah ke kawasan bandar atau wilayah lain untuk mendapatkan kemudahan yang lebih baik," katanya.
Syarikat operator telekomunikasi Turki dilapor telah mengadakan perbincangan dengan wakil se-tiap kampung berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dalam tempoh terdekat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140620/lu_12/Sukar-dapat-isyarat#ixzz3580iL2y8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment