Friday, June 20, 2014

Lelaki sabit kes bunuh wanita Mongolia ditangkap khalwat


SEPANG 19 Jun - Bekas pegawai polis berusia 38 tahun yang dibebaskan daripada sabitan hukuman mati terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapan tahun lalu ditangkap khalwat bersama isteri orang yang juga seorang anggota polis di sini awal pagi ini.
Lelaki itu yang sebelum ini bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, ditangkap bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang juga ibu kepada tiga orang anak di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada pukul 1.20 pagi.
Menurut sumber, suami wanita berkenaan yang juga seorang anggota polis telah menangkap sendiri pasangan terbabit semasa beliau pulang bertugas dari IPD Subang Jaya.
"Selepas sampai ke rumah, suami wanita berkenaan mendapati pintu rumahnya berkunci dari dalam, mengesyaki sesuatu yang tidak kena dia mengetuk pintu berkali-kali sebelum wanita berkenaan menyahut agar dia tunggu sekejap.
"Selepas pintu dibuka, suami wanita berkenaan mendapati isterinya berada dalam keadaan kelam-kabut dan terdapat selimut dan juga bantal yang berselerak di ruang tamu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut sumber itu lagi, si suami telah melakukan pemeriksaan di seluruh bahagian rumah dan hasil pemeriksaan dia berjaya menemui seorang lelaki sedang bersembunyi dengan berbaring di antara lipatan baju di tepi katil di bilik tengah kuarters berkenaan.
"Selepas mengesahkan apa yang berlaku anggota polis berkenaan telah membawa isterinya dan bekas pegawai polis itu ke Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi untuk tindakan lanjut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140620/je_06/Lelaki-sabit-kes-bunuh-wanita-Mongolia-ditangkap-khalwat#ixzz3581wEQmQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment