KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang tinggal bersendirian dalam hutan kecil di belakang kawasan perumahan Damaisari, Wangsa Melawati di sini sejak 30 tahun kini mampu tersenyum kerana mendapat sebuah penempatan sementara yang serba bersih dan selesa.
Tempat tinggal berupa sebuah bilik berkeluasan kira-kira 2 meter persegi itu dilengkapi tilam, kipas, kerusi dan meja disediakan oleh sebuah syarikat percetakan, Achik Sdn. Bhd. (Achik) yang beroperasi di Jalan Wangsa Setia 4 di sini.
Pengurus Cawangan Achik, Abu Zaki Abd. Hashim berkata, pihaknya memberikan bilik di tingkat satu premis syarikat berkenaan untuk menjadi tempat tinggal sementara Mohamed Dris, 74, kerana bersimpati dengan nasib warga emas itu.
“Pengurusan syarikat terbaca mengenai nasibnya seperti yang disiarkan dalam Kosmo!.
“Jarak tempat tinggal lama dia cuma kira-kira 300 meter sahaja dari sini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3NtgzXJ5H
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment