TOKYO – Jepun semalam meluluskan bajet pertahanan terbesar untuk tahun fiskal 2016 selepas Perdana Menteri Shinzo Abe berusaha meningkatkan pemantauan perairan negara berikutan pertelagahan berterusan dengan China.
Bermula tahun ini hingga Mac 2016, Tokyo akan membelanjakan 4.98 trilion yen (RM150.86 bilion), kata kerajaan Jepun sekali gus peningkatan pada tahun ketiga berturut-turut.
“Ini bajet pertahanan terbesar oleh Jepun,” kata Kementerian Pertahanan.
Bajet terebut membayangkan rancangan Abe untuk membina angkatan tentera yang lebih aktif susulan ketegangan dengan China berhubung pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur.
Bajet mega itu antara lain akan digunakan untuk membeli 20 pesawat maritim P-1, lima kapal terbang V-22 Osprey bersama enam jet kalis radar F-35A.
Jepun dan China terus bertelagah berhubung pemilikan Kepulauan Senkaku yang dikawal oleh Tokyo tetapi dituntut oleh Beijing. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3OroF2bZ5
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment