Seorang Supervisor yang telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonanya kepada majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah. Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya. Setelah siap rumah tersebut, terkejut supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak 'Design' rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin. Sebenarnya, inilah yg terjadi pada setiap dari kita. Kita sekarang sedang 'Design' & membangun TEMPAT TINGGAL kita di akhirat... Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' & membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri. Jika kita Designya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloi lah hasilnya. |
Sunday, January 25, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment