Monday, February 2, 2015

Daerah Skid Row dikenali ibu kota gelandangan



DUA sukarelawan membuat bancian golongan gelandangan di Skid Row, Los Anegles pada 29 Januari lalu. - Afp


LOS ANGELES, California – Dae­rah Skid Row di sini mendapat jolokan ibu kota gelandangan Amerika Syarikat (AS) kerana memiliki bilangan penduduk tanpa tempat tinggal yang begitu ramai.
Bancian terakhir pada tahun 2013 menyatakan bandar raya ini dihuni seramai 39,500 orang gelandangan.
Bilangan mereka melonjak kepada 60,000 orang jika mengambil kira penduduk yang berkhemah dan me­numpang kediaman orang lain.
Menurut anggaran terbaharu, terdapat kira-kira 3,000 orang yang tidur di kaki lima jalan raya sekitar daerah itu pada setiap malam
Mereka membuat tempat tidur menggunakan kadbod, fabrik atau plastik dan tidur berdekatan satu sama lain.
“Kami mengira seramai 24 orang gelandangan di sebatang jalan di Skid Row,” kata seorang sukarelawan bancian, Harry Batt baru-baru ini.
“Kami bernasib baik kerana tidak melihat kanak-kanak atau mereka yang berusia bawah 18 tahun,” tambahnya.
Dalam pada itu, isu orang gelandangan turut mendapat perhatian Setiausaha Hal Ehwal Veteran AS, Robert McDonald.
Kehadiran beliau di Skid Row membayangkan kesungguhan Presiden Barack Obama untuk mengatasi masalah itu.
“Daripada sejumlah 630,000 gelandangan di AS, hampir 50,000 daripada mereka ialah veteran tentera,” menurutnya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3QaOZAKge 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment