Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, Ki-Moon sudah berbincang dengan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi bagi melahirkan kebimbangan terhadap hukuman mati yang dilaksanakan oleh Jakarta terhadap pesalah dadah tersebut.
“PBB menolak pelaksanaan hukuman mati walau apa pun alasan yang diberi.
“Setiausaha Agung PBB merayu kepada pihak berkuasa Indonesia tidak meneruskan pelaksanaan hukuman mati terhadap pesalah dadah,” jelas Dujarric.
Bulan lalu, lima warga ­asing dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah negara ini atas kesalahan menyeludup dadah, hukuman mati pertama dilakukan dibawah Presiden baharu, Joko Widodo sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada Oktober lalu.
Peguam Negara Indonesia, H.M. Prasetyo Hakim awal bulan ini berkata, dua warga Australia, Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, merupakan antara lapan banduan yang akan dikenakan hukuman mati selepas Jokowi menolak rayuan mereka.
Sementara itu, Abbott sekali lagi merayu Indonesia tidak melaksanakan hukuman mati terhadap dua rakyatnya tersebut.
– AFP/REUTERS