WARSAW - POLAND. Amerika Syarikat merancang untuk melatih tentera
kerajaan Ukraine yang berjuang menentang pemberontak pro-Rusia bermula
bulan depan, menurut komander tertinggi tentera AS di Eropah.
Komander Leftenan Jeneral Ben Hodges berkata, satu batalion tentera AS akan memberi tumpuan melatih tiga batalion tentera UKraine dari kem latihan Yavariv di Lviv.
Menurut Hodges, tentera Ukraine akan diberi latihan cara mempertahankan diri daripada serangan meriam dan roket pro-Rusia.
"Mereka akan diajar bagaimana untuk merawat dan memindahkan mangsa serta menangani situasi ketika komunikasi disekat," katanya semasa membuat lawatan ke Ibu Pejabat Kor Multinasional Timur Laut Nato di Szczecin, Poland.
Sementara itu menurut Press TV, pemimpin Perancis, Jerman, Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan damai di Minsk, Belarus.
Sidang kemuncak itu hasil cadangan Perancis-Jerman dalam usaha untuk menghentikan pertempuran yang berlarutan di timur Ukraine.
Sumber mendedahkan, hasil pertemuan awal itu memutuskan bahawa gencatan senjata akan dilaknsanakan dalam tempoh 48 jam.
Bagaimanapun, ia belum ditandatangani oleh pemimpin pemisah dan Ukraine.

No comments:
Post a Comment