KUALA LUMPUR: Undang-undang hudud yang diperjuangkan oleh PAS tidak selari dengan ajaran Al-Quran, kata pemimpin PKR, Latheefa Koya.
Latheefa kemudiannya menyenaraikan empat perbezaan diantara hudud berasaskan Quran dan enakmen hudud 1993 yang diperkenalkan oleh PAS.
Sebagai contoh, dalam Al- Quran tidak disebut apa-apa hukuman untuk kesalahan murtad, dakwa Latheefa.
"Undang-undang hudud PAS pasti tidak terdapat dalam Quran.
"Oleh itu, (hudud ciptaan PAS) wajar ditolak sama sekali. Ia merupakan ciptaan mereka sendiri. PAS mewujudkan kekeliruan dan kejahatan dengan menggunakan nama tuhan," ujarnya dipetik laporan portal The Malay Mail Online.
Bukan itu sahaja Latheefa menuduh hukuman merejam tidak disebut dalam Al- Quran sebagai satu hukuman, selain terdapat banyak kriteria dalam hukuman memotong tangan atau kaki dan menyalib.
Malah beliau mendakwa kriteria hudud PAS juga berbeza bersabit kesalahan rogol dan zina.
Latheefa berkata hukum hudud Quran merangkumi hukuman untuk enam kesalahan sahaja dan apa-apa yang berbeza dengan itu tidak boleh dianggap sebagai hudud.
Beliau bertegas orang Islam harus menyokong hudud Alllah dan bukan versi "buatan manusia".
Latheefa menyeru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghentikan serta merta usaha untuk membawa usul pelaksanaan hudud di Kelantan pada sidang Parlimen akan datang.
maju.blogspot.com/2015/03/balaci-sudah-bersuara-lantang-latheefa.html
No comments:
Post a Comment