Saturday, March 21, 2015

7 pelancong maut dihempap batu besar


ANGGOTA pasukan penyelamat kelihatan berada di tempat tujuh pelancong maut selepas dihempap batu besar di ketika melawat Gunung Diecai, Guilin di China. - AGENSI


GUANGXI, China – Percutian sekumpulan pelancong bertukar tragedi apabila tujuh daripada mereka maut dan 25 yang lain ce­dera apabila dihempap oleh bongkah batu besar yang jatuh dari sebuah gunung di sini kelmarin.
Bongkah batu sebesar tiga meter jatuh menghempap kumpulan pelancong tersebut semasa mereka menunggu ketibaan bot di Sungai Li berdekatan Gunung Diecai, dekat Guilin.
Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Guilin untuk menerima rawatan.
Menurut saksi kejadian, bongkah-bongkah batu tersebut ja­tuh lalu menghempap kepala dan badan mangsa serta mengakibatkan beberapa orang mang­sa terjatuh ke dalam sungai.
Sementara itu pihak berkuasa tempatan memberitahu, empat mangsa yang merupakan pelancong tempatan dan Taiwan terbunuh di tempat ke­jadian, manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
“Lapan pelancong yang cedera dikenal pasti sebagai warga Taiwan,” ujarnya.
Ketika ini, pihak berkuasa masih dalam proses mengenal pasti identiti kesemua mangsa. Kerajaan negara itu juga akan memastikan kawasan tersebut selamat sebelum dibuka semula. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3UyUyvVGr 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment