RM486,000 sahaja |
Bukan menunjuk waktu tapi untuk menunjuk status kekayaan yang melimpah ruah....
Bayangkanlah harga seutas jamtangan boleh beli sebuah rumah banglo sederhana ... boleh beli sebiji kereta Vellfire.... kita hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah pemimpin kita ini....
Betapa hanya sebagai seorang surirumah sepenuh masa boleh mempunyai koleksi 4 jamtangan yang nilainya mencecah sehingga RM943,700.00 .... hingga mampu mengalahkan nilai koleksi 4 jamtangan Perdana Menteri Malaysia, Najib yang cuma berjumlah RM324,500.00 ....
Pejuang anti-jenayah R Sri Sanjeevan telah menerbitkan satu siri gambar dalam talian yang memaparkan jam tangan mewah yang dipakai oleh ahli-ahli politik.
Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) itu telah memuat naik beberapa gambar di laman Facebook MyWatch.
Sehingga jam 8.15 malam ini, post itu telah mendapat lebih 13,000 ‘likes’ dan 25,000 ‘shares’.
Sehingga jam 8.15 malam ini, post itu telah mendapat lebih 13,000 ‘likes’ dan 25,000 ‘shares’.
Gambar-gambar itu menunjukkan pegawai kanan dan ahli-ahli politik yang memakai jam tangan mewah yang berbeza pada masa yang berlainan.
Antaranya ialah enam orang adalah dari BN dan tiga dari pembangkang.
Menurut hasil penemuan MyWatch, pemimpin Umno lebih gemar jam tangan mewah dan antara mereka, Najib, Rosmah, Zahid, Hishammuddin dan Khairy ada lebih daripada satu jam.
Gambar-gambar menunjukkan Rosmah mempunyai empat jam tangan dan jam tangannya Richard Mille Lady RM 007 nampaknya yang paling mahal antara semuanya, dan dalam postnya, MyWatch mendakwa ia bernilai RM486,000.
Jam tangan Rosmah yang lain yang di disiarkan di MyWatch, ialah Hublot BB Black Magic 114 (RM79,200), Hublot BB Black Magic 48 Baguette (RM225,000), dan Franck Muller Master Square Date Diamonds (RM153,500).
Menurut gambar-gambar tersebut, Najib, juga, mempunyai empat jam tangan hebat.
Dan yang paling mahal, menurut MyWatch, ialah Hublot Big Bang King Power ‘Red Devils’ Manchester United limited edition, edisi terhad ‘Red Devils’, yang menurut MyWatch berharga RM165,000. Najib dikenali sebagai peminat pasukan bola sepak Manchester United.
Jam tangan Najib yang selebihnya, menurut MyWatch ialah Audemars Piguet Royal Oak Offshore Carbon (RM120,000), Harry Winston Project Z2 (RM97,500), dan Hublot BB Black Magic Black Ceramics (RM50,000).
Gambar-gambar MyWatch menunjukkan Zahid, Hishammuddin dan Khairy, masing-masing mempunyai dua jam tangan utama.
Menurut gambar tersebut, Zahid memakai jam tangan Richard Mille RM033 (RM293,000) dan yang ‘murah’ IWC Portuguese Perpetual Calander Ruang (RM180,000).
Ia juga menegaskan bahawa Khairy memakai jam tangan Patek Philippe Nautilus bernilai RM160,000 dan Jaegar Reverso, yang harganya antara RM27,000 dan RM180,000.
Manakala Hishammuddin mempunyai dua jam tangan Audemars Piguet, satu adalah Royal Oak Offshore Chronograph Black Ceramic Bezel (dianggarkan lebih RM70,000) dan yang kedua ialah Royal Oak, yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM50,000.
Namun, jam tangan Mahathir adalah Casio Protrek Triple Sensor Tide Graph PRG-130-1V, berharga RM1,020.
Anwar memakai jam tangan Tag Heuer CAF101A, yang bernilai RM7,650 dan Nik Aziz memakai Casio Prayer Compass WP-310 bernilai RM300.
Dan jam tangan Lim di dalam gambar adalah yang paling murah di kalangan mereka yang disenaraikan – Seiko Chronograph SND363. Gambar itu menyatakan bahawa di eBay, ia dijual pada harga AS$81 atau RM270. Baca lagi di sini
No comments:
Post a Comment