LONDON 12 Mei – Jumlah perwakilan penganut Islam dalam Parlimen United Kingdom meningkat daripada lapan kepada 13 orang selepas Pilihan Raya Umum Britain pada minggu lepas, jumlah paling tinggi pemimpin beragama Islam di Dewan Rendah Parlimen negara ini.
Portal World Bulletin melaporkan, sebanyak enam ahli Parlimen baharu dilantik, manakala tujuh anggota Parlimen sebelum ini berjaya mempertahankan jawatan mereka.
Lapan daripada 13 nggota Dewan Rendah Parlimen tersebut adalah wanita.
Muka baharu anggota Parlimen tersebut adalah Tasmina Ahmed-Sheikh (Parti Nasional Scotland); Rupa Huq (Parti Buruh); Tulip Siddiq (Parti Buruh); Nusrat Ghani (Parti Konservatif); Naz Shah (Parti Buruh), dan Imran Hussain (Parti Buruh).
Mereka yang dilantik semula adalah Khalid Mahmood (Parti Buruh); Shabana Mahmood (Parti Buruh); Rushanara Ali (Parti Buruh); Yasmin Qureshi (Parti Buruh); Sadiq Khan (Parti Buruh); Sajid Javid (Parti Konservatif), dan Rehman Chishti (Parti Konservatif).
Menurut Pejabat Statistik National, penganut Islam kini membentuk dua peratus keanggotaan dalam Dewan Rendah, berbanding 4.8 peratus daripada jumlah penduduk di England dan Wales.
Pengarang laman web Muslim News, Ahmed Versi menyambut baik peningkatan jumlah keanggotaan berkenaan.
“Berita baik untuk melihat lebih ramai anggota Parlimen beragama Islam dilantik berbanding sebelum ini.
“Bagaimanapun, Dewan Rendah Parlimen masih belum menggambarkan kepelbagaian penduduk,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment