Wednesday, May 20, 2015

Pelukis kartun Charlie Hebdo letak jawatan




PARIS – Kartunis yang pernah melukis karikatur Nabi Muhammad di muka hadapan akhbar Charlie Hebdo, Renald Luzier (gambar) membuat pengumuman meletak jawatan kelmarin.
Dia memberitahu, keputusan itu dibuat bukan disebabkan oleh desakan dalaman tetapi kehilangan rakan sekerja menjadi suatu beban terlalu berat untuk dipikul.
“Ia satu keputusan yang sangat peribadi. Menjadi beban kerana sering teringatkan rakan-rakan yang terbunuh. Setiap malam saya tidak tidur nyenyak,” ujar kartunis itu merujuk kepada rakannya yang terkorban dalam pembunuhan pada 7 Januari lepas.
Majalah mingguan itu menjadi tumpuan apabila dua adik-beradik ­menembak 12 orang pekerja berikutan penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad.
“Ramai yang mahu saya meneruskannya tetapi mereka lupa kepayahan mencari inspirasi semasa kita dalam kebimbangan,” ujarnya kepada akhbar Liberation.
Pada akhir April lalu, Luzier ada mengumumkan bahawa dia tidak akan melukis karikatur Nabi Muhammad lagi.
Berita peletakan jawatan Luzier memberi kesan kepada syarikat penerbitan Charlie Hebdo yang berusaha mencari pengganti baharu selepas berlakunya serangan tersebut. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3ad0Ow25c 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment