Menurut laman web Oddity Central, Trukhina dikatakan mahu menceburi sukan bina badan sejak berusia seawal 14 tahun lagi.
Ketika itu, gadis tersebut disifatkan sebagai seorang yang sangat aktif, namun hasrat bergelar atlet bina badan terpaksa dilupakan kerana dia hanya mempunyai berat sebanyak 40 kilogram.
Bagaimanapun, impian gadis tersebut akhirnya tercapai apabila dia memiliki lengan sebesar 45 sentime­ter dan otot kaki sebesar 72 sentimeter, hasil kerja kerasnya di gimnasium.
Tubuh Trukhina yang dulunya kurus, berubah menjadi sasa sehingga me­ngalahkan fizikal seorang lelaki.
Dengan ketinggian 168 sentime­ter, Trukhina mempunyai berat sebanyak 92 kilogram.
Lebih mengagumkan, Trukhina turut mencatat rekod apabila berjaya mengangkat deadlift seberat 240 kilogram dan bench press seberat 170 kilogram.
Namun, dalam temu bual dengan laman web bina badan, Pro Secret Rusia, Trukhina mendedahkan, dalam kehidupan sebenar tiada siapa yang berani untuk mengusik dan menghinanya, tetapi dia sering dikritik di alam siber.
“Setiap kali saya memuat naik gambar di laman sosial, ada yang memuji kejayaan, saya tetapi ada juga orang yang memperlekeh dengan berkongsi gambar-gambar saya untuk dikutuk,” katanya.