Penduduk yang tinggal di wilayah Lalmonirhat dekat sempadan Bangladesh diberi pilihan untuk menjadi warga India atau Bangladesh. |
DHAKA - BANGLADESH. Selepas hampir 70 tahun tidak bernegara, lebih daripada 50,000 orang bakal mendapat kerakyatan dan semua faedah selepas perjanjian sempadan bersejarah antara India dan Bangladesh dimeterai, semalam.
Perjanjian yang telah diusahakan sejak 1974 itu akhirnya terlaksana selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi membuat lawatan pertama ke Dhaka, minggu lalu.
Menurut laporan al-Jazeera, dalam perjanjian itu, 11 penduduk yang tinggal di enklaf India bakal mendapat kewarganegaraan Bangladesh dan 51 orang yang tinggal di enklaf Bangladesh diberi kerakyatan India.
Manakala, puluhan ribu lagi diberi pilihan untuk memilih kewarganegaraan yang mereka suka.
"Ini merupakan kemuncak kepada perjuangan penduduk enklaf yang menuntut kewarganegaraan sejak beberapa dekad lalu. Pertukaran dan pemberian taraf kerakyatan ini juga menyaksikan era baharu kerjasama antara kedua-dua negara," menurut aktivis orang tidak bernegara, Diptiman Sengupta.
Difahamkan, ribuan penduduk itu terperangkap untuk menjadi rakyat India atau Bangladesh selepas satu peta yang kabur dihasilkan semasa tahun 1947.
Situasi itu menyebabkan penduduk tidak mendapat bantuan kerajaan, kemudahan kesihatan dan sekolah serta pergerakan terbatas akibat tiada pengenalan diri atau pasport.
Malah, mereka juga dinafikan hak untuk mengundi.

No comments:
Post a Comment