Harare: Presiden Zimbabwe Robert Mugabe secara berjenaka berkata beliau akan berlepas ke Washington untuk melamar Presiden Barack Obama selepas pemimpin Amerika Syarikat itu mengalu-alukan keputusan Mahkamah Agung membenarkan perkahwinan sesama jenis di semua 50 negeri di negara itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61471#sthash.amaZcnVX.dpuf
Mugabe memperlekehkan keputusan 5-4 mahkamah berkenaan dan mengecam perkahwinan sesama jenis dalam wawancara dengan stesen radio ZBC baru-baru ini, menurut laporan media.
“Kerana Presiden Obama memperjuangkan hak golongan gay dan lesbian, saya akan berlepas ke Washingon untuk melamarnya,” kata Mugabe, 91, seperti yang dipetik oleh laman web berita Turki AWDnews.
Mugabe yang menjadi presiden sejak 1987 berkata, Amerika Syarikat ditadbiroleh mereka yang menyembah syaitan.
“Saya tidak faham bagaimana mereka (gay dan lesbian) boleh melanggar arahan Tuhan yang melarang manusia meliwat,” katanya.
Ini bukan kali pertama pemimpin Zimbabwe itu mengecam golongan berkenaan.
Beliau sebelum ini pernah menyifatkan taraf gay dan lesbian lebih rendah daripada binatang.
Homoseks diharamkan di Zimbabwe dan Mugabe pernah menyelar Obama kerana menyokong hak gay dan lesbian di Afrika. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 6:54 AM
No comments:
Post a Comment