KUALA LUMPUR – Pasaran saham China mengalami kejatuhan terburuk dalam tempoh hampir 20 tahun selepas para pelabur bimbang kelembapan ekonomi akan berlaku di seluruh dunia.
Buat pertama kali pada tahun ini, pasaran saham Shanghai jatuh sebanyak 7.63 peratus atau 244.94 mata kepada 2,964.97 mata sejak tahun 1996.
Pasaran ekuiti dunia sebelum ini telah menyaksikan penurunan nilai sebanyak RM5 trilion (RM20.98 trilion) sejak China menurunkan nilai mata wang yuan pada 11 Ogos lalu.
Keadaan itu juga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur bahawa kedudukan ekonomi China sebenarnya lebih lemah berbanding ramalan awal sebelum ini.
“Ekonomi China kini lembap dan dan kita dapat menyaksikan pasaran sahamnya mengalami kejatuhan sekali gus akan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur,” kata seorang penganalisis ekonomi daripada firma Oanda, Craig Erlam.
Kejatuhan pasaran saham China itu berlaku sehari selepas indeks Dow Jones di Pasaran Saham New York, Amerika Syarikat (AS) mengalami penurunan sebanyak 588.47 mata kepada 15,871.28 mata.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3jrtTDPj4
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment