Sunday, November 1, 2015

Tun M punca kontroversi 1MDB

 Arul Kanda Kandasamy

KUALA LUMPUR - Isu yang melibatkan syarikat milik kerajaan 1MDB menjadi semakin hangat apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula membangkitkan isu ’kehilangan’ wang RM42 bilion daripada syarikat itu.
Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, kritikan yang dilontarkan oleh Dr Mahathir mencetuskan kontroversi terhadap syarikatnya sehingga menarik minat banyak pihak.

“Persepsi mula wujud apabila pembangkang mula membangkitkan isu dalam 1MDB, (tetapi) selepas pembangkang dilihat gagal isu terbesar apabila Dr Mahathir mula menuduh RM42 bilion hilang.

“Selepas Dr Mahathir dan mereka yang sebelum ini menyokong kerajaan memulakan kritikan, perkara ini mula menjadi sangat kontroversi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎1MDB tidak 'bisu', 72 kenyataan media dikeluarkan]

Menurut Arul Kanda, isu 1MDB telah dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang khususnya Tony Pua sejak tahun 2010 lagi tetapi kurang mendapat perhatian.

Ketika ditanya mengenai kritikan keras pemimpin politik pembangkang dan juga kerajaan berhubung isu 1MDB yang dianggap menjadi liabiliti pada kerajaan, Arul Kanda menegaskan bahawa  yang beliau bukannya ahli politik sebaliknya golongan profesional jadi tidak sesuai untuk beliau menjadi perkara itu.

“Saya bukan seorang ahli politik. Perkara yang melibatkan politik harus diajukan kepada ahli-ahli politik,” katanya.

Selain Dr Mahathir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara individu yang lantang mengkritik kerajaan dalam isu 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITANHarap isu 1MDB selesai dalam tempoh 6 bulan]

Mengulas mengenai isu yang dibangkitkan Bank Negara, Arul Kanda turut memberitahu yang pihaknya berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan Peguam Negara sebelum ini bahawa 1MDB bebas daripada siasatan.

No comments:

Post a Comment