Tuesday, November 17, 2015

Yapeim: Peguam Jamil Khir hantar surat tuntutan


SITI AZIELAH WAHI
Jamil Khir

17 NOVEMBER 2015
Jamil Khir

KUALA LUMPUR -  Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom mengemukakan surat tuntutan terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Akmal Nasir berhubung satu kenyataan yang mendakwa beliau menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk membiayai perjalanan ke luar negara.

Surat tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Adnan Sharida & Associates dan dialamatkan ke Pejabat Now di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, petang semalam.

Menurut surat tuntutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenyataan yang dikeluarkan Akmal bertajuk 'Jamil Khir guna wang Yapiem biaya perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah dengan jumlah RM410, 978, 56' adalah berunsur fitnah dan tidak benar.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Jumaat 13 November 2015 melalui kenyataan kepada media dan umum serta laman web dan laman sosial Facebook.


Surat tuntutan tersebut yang bertarikh semalam ditandatangani oleh peguam Adnan Seman memberikan masa dua hari supaya Akmal memohon maaf secara bertulis terhadap Jamil Khir dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap timbalan menteri berkenaan.

Surat itu turut menuntut Akmal dalam tempoh dua hari membuat kenyataan maaf secara lisan dan bertulis terhadap Jamil Khir melalui media.

Turut dituntut gantirugi sebanyak RM10 juta dan kos guaman sebanyak RM5,000.

No comments:

Post a Comment