Thursday, December 24, 2015

Barangan dalam rumah disita

Ipoh: Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman mengesahkan tindakan Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menyita barangan dalam rumah miliknya selepas didapati gagal melunaskan bayaran ganti rugi sebanyak RM200,000 dalam satu kes saman fitnah membabitkan dirinya dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Hamidah bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tindakan penyitaan barangan dalam rumahnya dan meminta sedikit masa untuk menenangkan diri.
"Betul (tindakan Mahkamah Tinggi menyita barangan rumah), saya mahu bertenang dahulu," katanya menerusia mesej di WhatsApp, hari ini.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 April lalu memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel yang bertajuk ‘umat Islam perlu bersatu’ pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel berkenaan, Hamidah didakwa memuatkan gambar’super imposed’ Ahli Parlimen itu.
Pernyataan tuntutan Khalid yang difail pada 23 Disember 2011 mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seolah-olah seperti paderi Kristian dan seorang yang murtad.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 10:51 PM


KAKITANGAN Mahkamah Tinggi Ipoh menyita barangan dalam rumah milik Hamidah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102138#sthash.0MpE80J0.dpuf

No comments:

Post a Comment