Sunday, December 20, 2015

Model Sepanyol dimahkotakan Ratu Dunia 2015

AHAD, 20 DISEMBER 2015 @ 8:49 AM

MIREIA Lalaguna, dimahkotakan sebagai Ratu Dunia 2015. - Foto AFP

SANYA: Model kelahiran Sepanyol, Mireia Lalaguna, dimahkotakan sebagai Ratu Dunia 2015 selepas menewaskan 113 peserta dari seluruh dunia malam tadi di bandar raya di Hainan, China. Pelajar farmasi dari Barcelona itu meraih mahkota itu selepas menang dalam edisi ke-65 pertandingan paling popular berkenaan yang diadakan di bandar raya Sanya. "Tanpa kasih sayang yang saya dapat daripada semua orang yang saya temui di sini, dan semua yang mendoakan dan menyokong saya di rumah, saya tidak akan sampai ke tahap ini. "Saya mahu menunjukkan kepada mereka dan dunia, saya layak mendapat gelaran Ratu Dunia dan berharap dapat membuatkan semua orang bangga," katanya, menurut kenyataan yang dikeluarkan penganjur acara itu. Tempat kedua dimenangi Ratu Russia, Sofia Nikitchuk dan Ratu Indonesia, Maria Harfanti, di tempat ketiga. Bagaimanapun, acara itu diselubungi kontroversi. Pegawai di Hong Kong, bulan lalu menahan Ratu Kanada, Anastasia Lin, daripada menaiki pesawat ke Sanya, dan memberitahu beliau tidak akan mendapat visa. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/106710

No comments:

Post a Comment