Tuesday, December 22, 2015

Penyelewengan Kitab Injil


Injil yang menjadi pegangan orang kristian sekarang ialah 4 kitab yang dikarang oleh mereka iaitu matta, marqash, luqa, dan yohana

injil matta (matteo)

dinisbahkan kepada seorang yang bernama matta iaitu salah seorang dari 12 hawariyyin ( sahabat nabi Isa ). 
sebelum mengikuti nabi Isa, beliau berkhidmat dengan kerajaan Rom sebagai pemungut cukai dan akhirnya menjadi pengikut yang setia.

ketika Allah mengangkat nabi Isa, matta telah mengembara bagi menyebarkan agama sehingga beliau menetap di Habsyah dan dibunuh oleh raja Habsyah antara tahun 62-70 masihi.

kebanyakan pendeta kristian berpendapat, matta menulis injil yg dinamakan dgn namanya dalam bahasa ibrani selepas 4 tahun ketiadaan nabi isa.

mereka bersepakat bahawa injil matta yg pertama dijumpai ialah terjemahannya dalam bahasa yunani. Manakala naskhah asalnya tidak dijumpai .

sehingga kini mereka tidak boleh membuktikan dimana naskhah asalnya dan siapa penterjemahnya.


Injil Luqa

Pengarangnya bernama Luqa, iaitu murid kepada Paul. Paul tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa dan tidak pernah mendengar pengajaran daripadanya. Maka jauh sekali muridnya yang bernama Luqa ini untuk menerima riwayat yang sebenar dari Nabi Isa.

Paul merupakan seorang yahudi yang pernah menindas pengikut Nabi Isa. Kemudian mengubah cara dengan menganut agama kristian dan mendakwa menerima seruan ghaib.

Sebenarnya beliau seorang yang bertanggungjawab memesongkan agama Allah yang diwahyukan kepada Nabi Isa.

Pendeta kristian bersepakat mengatakan bahawa injil Luqa yang asal dalam bahasa Yunani ditulis oleh Luqa. Tetapi kedudukan beliau sebagai murid yang setia kepada seorang yang sesat iaitu Paul sudah cukup kuat bagi kita menolak kitab karangannya.


Injil Marqas

Nama asal pengarangnya ialah Yohana tetapi beliau digelar Marqas. Beliau bukan dari golongan Hawariyyin. Beliau merupakan seorang Yahudi, anak saudara kepada Barnaba yang merupakan salah seorang Hawariyyin. 

Beliau juga pengikut Paul yang dianggap mujahid agama kristian (sebenarnya seorang pengkhianat yang memesongkan ajaran Nabi Isa a.s. )

Marqas juga mengembara untuk menyebarkan agamanya. Beliau akhirnya menetap di mesir, kemudian dipenjara, diseksa dan akhirnya dibunuh.

Para pendeta bertelingkah bagi menentukan siapa penulis injil MArqas yang asal, iaitu dalam bahasa yunani. Ada yang mengatakan penulisnya ialah gurunya tetapi dinamakan dengan nama muridnya. Ada yang mengatakan marqas sendiri yang menulisnya selepas meninggalkan gurunya.


Injil Yohana

Yohana bin Zabdi merupakan seorang Hawariyyin yang amat dikasihi oleh Nabi Isa. Beliau telah dibuang negeri oleh kerajaan di zamannya, kemudian kembali ke Apyus dan meninggal dunia di sana kerana sakit tua.

Sebahagian besar pengkaji agama kristian di kalangan orang-orang kristian menafikan bahawa injil yang dinisbahkan kepada yohana itu dikarang oleh yohana bin zabdi. Penafian ini berlaku dikalangan pendeta abad kedua masihi. 

Salah seorang dari kalangan mereka yang bernama Istadln pernah menegaskan bahawa injil Yohana adalah hasil ciptaan para pelajar agama kristian di iskandariah.

Hasil kajian 500 pengkaji kristian, injil Yohana tiada kena mengena dengan Yohana bin Zabdi, sahabat nabi Isa tersebut.

Dalam injil yohana, terdapat penyelewengan akidah yang besar iaitu menganggap adanya sifat ketuhanan dalam diri Nabi Isa.


Injil Barnaba

Injil barnaba tidak diiktiraf oleh orang Kristian. Pope Klasius, ketua agama yang pertama dilantik dalam tahun 492 masihi telah mengeluarkan senarai kitab-kitab yang diharamkan. Antaranya ialah kitab Barnaba ini.

Injil Barnaba merupakan satu-satunya Injil yang hampir-hampir sama dengan kitab Injil yang asal. Terdapat tuduhan mengatakan kitab ini dicipta oleh orang Islam. Bagaimana ianya dicipta oleh orang Islam, padahal orang kristian mengisytihar kitab ini haram semasa Nabi Muhammad belum dilahirkan lagi. 

Menurut sejarah kristian, pernah diadakan persidangan kristian antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan Rom, sebelum kelahiran NAbi Muhammad, yang dihadiri oleh 2048 orang wakil dari seluruh dunia. 

Dalam persidangan itu, berlaku perselisihan dalam kedudukan Nabi Isa. Ada yang mengatakan tuhan atau anak tuhan, dan ada yang mengatakan Isa hanyalah manusia biasa. Tetapi pendapat yang mengatakan Nabi Isa itu tuhan mendapat sokongan kerajaan Rom. Kitab-kitab yang sebenar diharamkan. Ulama-ulama yang soleh menjadi buruan kerajaan.



sumberdari 
Kitab beriman kepada Malaikat dan Kitab
Hj Abdul Hadi Awang

No comments:

Post a Comment