SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 1:30 PM
KIRA-KIRA 24 juta kanak-kanak dalam zon konflik terpaksa meninggalkan persekolahan dengan mereka di Afghanistan, Sudan dan Niger paling terjejas, lapor Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
WASHINGTON: Kira-kira 24 juta kanak-kanak dalam zon konflik terpaksa meninggalkan persekolahan dengan mereka di Afghanistan, Sudan dan Niger paling terjejas, lapor Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Ketua Pendidikannya, Jo Bourne, berkata: "Tidak mampu mempelajari kemahiran asas membaca dan menulis, menyebabkan mereka berisiko berdepan masa depan yang gelap dan hilang peluang untuk menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat apabila dewasa." Sudan Selatan mempunyai paling ramai kanak-kanak keciciran sekolah, dengan 51 peratus pada usia sekolah rendah dan menengah rendah tidak berpeluang mendapat pendidikan. Niger di tempat kedua dengan 47 peratus tidak dapat ke sekolah diikuti Sudan, dengan 41 peratus dan Afghanistan dengan 40 peratus. Laporan menyatakan hampir 24 juta daripada 109.2 juta kanak-kanak pada usia sekolah rendah dan menengah rendah dalam zon konflik tercicir daripada mengikuti pendidikan. - Agensi
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113564

No comments:
Post a Comment