JEDDAH - ARAB SAUDI. Menteri Kehakiman Arab Saudi, Waleed al-Samaani menolak laporan mendakwa beberapa pengganas yang dihukum mati di negara itu minggu lalu mengalami penyakit mental.
Al-Samaani dengan nada tegas berkata badan kehakiman Saudi adalah cekap, profesional dan membuat keputusan berdasarkan bukti termasuk laporan perubatan rasmi.
Katanya lagi, mahkamah jenayah di Saudi turut membenarkan defendan membela diri selepas pertuduhan diumumkan.
"40 peratus daripada semua defendan yang dibicarakan di Mahkamah Jenayah Khas mempunyai peguam yang kami sediakan dengan semu kos ditanggung kementerian," katanya yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Kehakiman.
Tambahnya proses perbicaraan di Saudi adalah telus, adil dan jelas sejajar dengan tuntutan syariah. - Arab New
s