Wednesday, October 5, 2016

Saman Anwar isu Lahad Datu selesai secara baik

RABU, 5 OKTOBER 2016 @ 12:23 PM



 Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd (Utusan Melayu) dan Ketua Pengarangnya berhubung isu pencerobohan Lahad Datu, diselesaikan secara baik. Kedua-dua pihak mencapai persetujuan menyelesaikan kes itu selepas Utusan Melayu dan Datuk Abdul Aziz Ishak mengemukakan pernyataan kesal yang dibacakan peguam Wan Amir Wan Majid. Hakim Datuk Noraini Abdul Rahman merekodkan penghakiman persetujuan. Dalam prosiding itu, Anwar diwakili peguam Datuk S Ambiga. Anwar memfailkan saman pada 8 Mac 2013 dengan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan artikel di muka hadapannya bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan artikel pada muka surat sembilan bertajuk 'Tiga kumpulan jadi dalang' bertarikh 2 Mac 2013.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199041

No comments:

Post a Comment