MAZAR-I-SHARIF (Afghanistan): Sekurang-kurangnya tujuh petugas asing Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terkorban kelmarin dalam satu demonstrasi membantah pembakaran Al-Quran oleh paderi Amerika Syarikat.
Ia merupakan serangan terburuk ke atas PBB sejak 2001.Lima warga Afghanistan turut terkorban kelmarin.Dalam kejadian itu, beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi jalan utama bandar Mazar-i-Sharif, selepas selesai solat Jumaat.Mereka membantah tindakan sebuah gereja di Florida, Dove World Outreach Center, membakar Al-Quran bulan lalu, dan menyerbu bangunan serta membakar bangunan PBB di situ.Empat pengawal warga Nepal yang cuba melawan para penunjuk perasaan terkorban.Tiga lagi pegawai asing PBB, yang terdiri daripada warga Norway, Sweden dan Romania, turut meninggal dunia.Kumpulan Taleban semalam menafikan ia bertanggungjawab atas serangan itu.Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, mengecam serangan itu sementara Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon berkata ia merupakan satu serangan yang 'mengejutkan.' - AFP, AP, Reuters.
No comments:
Post a Comment