KOTA KINABALU: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang berakhir kelmarin, bersifat perkauman.
Beliau mendakwa, pemimpin dan perwakilan UMNO dalam perhimpunan itu dari satu aspek melaungkan perjuangan mendaulatkan agama, bangsa dan negara tetapi dalam masa sama bersifat pelampau apabila menjadikan DAP sebagai bahan kecaman.
“Berdasarkan ucapan pembukaan dan penggulungan Presiden UMNO itu... seolah-olah kami ini jadi alat DAP, " katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, di sebuah hotel terkemuka, di sini semalam.
Pada penggulungan perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin, Najib memberi suntikan baru kepada pemimpin dan ahli UMNO apabila beliau membakar semangat mereka untuk berjuang habis-habisan menghadapi cabaran getir PRU Ke-13.
No comments:
Post a Comment