Tuesday, November 27, 2012

Ehud Barak umum bersara daripada politik Israel



2012/11/26 - 17:54:33 PM
BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak membuat kejutan terhadap sistem politik Israel apabila mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada politik dan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum Januari depan.

Barak yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun tetap kekal dalam jawatannya sekarang sehingga kerajaan baru dibentuk selepas pengundian pada 22 Januari ini.
Beliau membuat pengumuman mengejut itu selepas tinjauan mendapati parti diwakilinya, Parti Kemerdekaan memperoleh momentum berikutan kempen ketenteraan di Semenanjung Gaza, baru-baru ini.

Katanya, beliau sudah memikirkan keputusan itu sejak beberapa minggu lalu dan mahu memperuntukkan lebih masa bersama keluarga. - AP

No comments:

Post a Comment