SINGAPURA: Malaysia adalah pengeksport kondom terbesar di dunia dan Singapura menjadi destinasi utama eksportnya.
Menurut Jabatan Statistik Malaysia, pengimportan kondom buatan Malaysia oleh Singapura hanya 72,500 kilogram pada 2009. Namun, angka itu melonjak kepada 594,000 kilogram pada 2010 sebelum mencecah 1.43 juta kilogram atau 572 juta tahun lalu, mengatasi China yang mengimport hampir 1.4 juta kilogram kondom.
“Kami musykil jika ada kesilapan. Bagaimana Singapura menggunakan lebih kondom berbanding China?,” kata Pengarah Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat yang mempunyai akses kepada data itu.
Bagaimanapun, kemudiannya didapati projek derma kerajaan Amerika Syarikat telah memindahkan hab utama mereka dari Korea Selatan ke Singapura kerana pertumbuhan pengeluaran kondom di rantau ini. - AsiaOne
No comments:
Post a Comment