Kaabah adalah satu pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Tenaga apa?
Ada 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain.
1. Minda/Akal
2. Tubuh/Jasmani.
3. Roh/Batin.
Jika anda kurang faham tentang potensi diri, anda tidak akan faham betapa pentingnya sistem penguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom terkecil apa anda akan temui? Atom, elektron, proton. Apa makna semua ni? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai pemancar tenaga. Dimana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga disekeliling dan yang paling penting kita boleh mempengaruhi tenaga disekeliling kita.
Kita boleh keluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?
Jika kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga tu akan bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh kuasa positif dan begitulah sebaliknya.
Sebab itulah kita akan berasa sungguh selesa jika dikelilingi tenaga positif alam semulajadi.
Sebaliknya kita akan berasa tidak senang dengan tenaga negatif dan kaku sebuah bandar.
Contohnya, kita akan berasa selesa, tenang jiwa bila kita masuk ke dalam masjid. Ini adalah disebabkan tenaga positif yang dihasilkan. Saya pasti, sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah pasti dapat merasai ketenangan yang amat sangat. Kerana kuasa positif yang begitu banyak.
Subhanallah.
Segalanya adalah dengan kekuasaan Allah s.w.t jua.
No comments:
Post a Comment