PELAKON veteran, Kuswadinata ketika dimasukkan Hospital Ampang, Selangor, Oktober tahun lalu. - Foto Mohd Azren Jamaludin
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 9 Februari lalu.
Hari ini, bintang Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat itu dikatakan tidak mampu bercakap selepas mengalami muntah darah sehari sebelumnya.
Isterinya, Kamariah Mohd Said, 58, berkata pelakon itu dimasukkan semula ke hospital akibat kesihatannya yang semakin meruncing.
“Sebelum ini dia perlu menjalani rawatan untuk melihat pendarahan dalaman, tetapi dia enggan berbuat demikian. Semalam, dia muntah darah, jadi doktor sarankan untuk meneruskan juga rawatan terbabit.
“Bagaimanapun, ia tidak dapat dilakukan apabila tiba-tiba tekanan darahnya semakin rendah. Jadi, kami perlu menunggu sehingga tekanan darahnya kembali stabil sebelum diteruskan dengan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.
Hari ini, bintang Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat itu dikatakan tidak mampu bercakap selepas mengalami muntah darah sehari sebelumnya.
“Sebelum ini dia perlu menjalani rawatan untuk melihat pendarahan dalaman, tetapi dia enggan berbuat demikian. Semalam, dia muntah darah, jadi doktor sarankan untuk meneruskan juga rawatan terbabit.
“Bagaimanapun, ia tidak dapat dilakukan apabila tiba-tiba tekanan darahnya semakin rendah. Jadi, kami perlu menunggu sehingga tekanan darahnya kembali stabil sebelum diteruskan dengan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment