KUALA LUMPUR, 14 Feb — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.
Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih hari ini.
"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.
"Apa salah Hari Kekasih? Mayarakat hanya menyatakan rasa kasih sayang kepada orang lain.
"Apa beza hari itu dengan hari-haru yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.
Malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut."
Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam 9Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.
Berdasarkan teks khutbah berkenaan yang bertajuk "Awas jerat Valentine", umat Islam dinasihatkan agar tidak mempelawa seseorang individu menjadi Valentine mereka kerana ia akan menjadikan seseorang itu syirik.
Pemuda PAS turut menyebarkan kempen anti-Valentine sejak beberapa tahun lalu.
Tahun ini, parti Islam itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas mengawal iklan-iklan dan promosi berkaitan sambutan Hari Kekasih bagi mencegah gejala sosial daripada berleluasa.
No comments:
Post a Comment