Monday, January 17, 2011

Guangxi dipilih sedia perkakas meja makan William, Kate





2011/01/17

PIRING porselin yang ditempah khas untuk perkahwinan William dan Kate.
PIRING porselin yang ditempah khas untuk perkahwinan William dan Kate.
BEILIU: Sebuah syarikat pengeluar tembikar China memenangi tempahan untuk membuat perkakas kelengkapan meja rasmi untuk digunakan dalam majlis perkahwinan diraja Putera William dan tunangnya, Kate Middleton. 

Guangxi Sanhuan Group di Beiliu, sebuah bandar di selatan Guangxi di China yang terkenal dengan buatan perkakasan seramik dan tembikar berkata mereka mendahului lebih 500 syarikat lain dalam bidaan untuk menghasilkan tembikar perkahwinan diraja, saingan sengit daripada pengeluar seluruh dunia.
Syarikat terbabit kini menghasilkan kira-kira 16,000 produk kelengkapan meja untuk digunakan pada majlis perkahwinan berkenaan.
Pegawai syarikat berkenaan berkata, produk itu terbahagi kepada lima kategori termasuk satu set pinggan makan, cawan kopi dan piring, kole peringatan dan pinggan cenderahati. 

Ia sama ada untuk digunakan pada majlis perkahwinan itu atau diberikan kepada tetamu majlis sebagai cenderahati. 

Reka bentuknya adalah sebuah gambar yang memaparkan Putera William dengan pakaian seragam dan Kate Middletton dalam bentuk hati dengan tertera perkataan ‘Wililiam dan Catherine’ di bawahnya. 

“Apabila kami diumum menang tempahan itu, ketua syarikat kami amat gembira dan teruja. 
“Mereka memberikan perhatian penuh terhadapnya. Proses pengeluaran keseluruhan termasuk persediaan terpaksa dibuat dalam jadual yang ketat. Kami juga menggunakan dapur salai paling maju di China untuk membuat produk ini,” kata Pengurus Pemasaran Guangxi Sanhuan Group, Gary Qui. – Reuters

No comments:

Post a Comment