Saturday, March 19, 2011

Tanah kubur jadi tapak rumah




ABDUL WAHAB (lima dari kiri) bersama penduduk meninjau tapak 
perkuburan Islam yang bakal dibangunkan di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Tak cukup tanah, bina rumah atas tapak kubur.
Demikian dakwaan penduduk Kampung Bukit Kechil, Sungai Nibong dekat sini terhadap rancangan sebuah syarikat pemaju untuk membina projek perumahan di atas sebahagian tanah perkuburan Islam kampung berkenaan tidak lama lagi.
Ia berlaku selepas pemilik tanah bertindak menjual tanah di atas bukit di situ kepada syarikat berkenaan baru-baru ini.
Penduduk mendakwa, tanah itu sebelum ini telah diwakafkan oleh pemiliknya sebagai kawasan perkuburan bersama beberapa pemilik lain semasa mereka meneroka kampung itu kira-kira 200 tahun lalu. malah kawasan seluas kira-kira 0.2 hektar itu telah dipagar oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai tanah wakaf sejak lima tahun lalu.
Fikri Hasanusi, 43, mendakwa, walaupun ia hanya melibatkan kawasan seluas 100 meter persegi, 20 kubur lama di situ bakal lenyap dan bukannya dua kubur seperti yang didakwa oleh pemaju.
“Kami tidak mempertikaikan hak pemilik menjual tanah tetapi kami minta pihak berkuasa meninjau keadaan ini kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai dan ramai waris si mati,” ujarnya kepada Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment