Saturday, October 6, 2012

Ketua syarikat pakaian Perancis mohon maaf


         
PARIS: Ketua sebuah syarikat pakaian Perancis, Zadig & Voltaire memohon maaf kepada pelancong China selepas berkata, kedatangan mereka di sebuah hotel eksklusif yang baru tidak akan diialu-alukan.

Pengasas syarikat, Thierry Gillier memberitahu jurnal industri fesyen, ‘Women’s Wear Daily’ bulan lalu: “Kami akan memilih tetamu. Sebagai contoh, ia tidak akan dibuka kepada pelancong China.” Artikel itu bagaimanapun dipinda untuk membuang rujukan kepada pelancong China dan digantikan dengan ‘pelancong yang datang beramai-ramai menaiki bas.’ Bagaimanapun, ia tetap mencetuskan kemarahan pelayar Internet yang menyuarakan kemarahan mereka menerusi media sosial dan laman web di China.


“Ini jelas diskriminasi kaum. Tidak semua rakyat China tidak beradab. Ramai lagi yang beradab,” kata seorang pengguna portal popular China, Sina.com. - AFP

No comments:

Post a Comment