Kebelakangan ini timbul pelbagai kontroversi mengenai kisah Abby dan Norman Hakim termasuklah mengenai wang hantaran yang masih belum diterima Abby sehingga kini. Cerita-cerita panas ini mengundang pelbagai persepsi masyarakat sekeliling yang bersimpati dan tidak kurang mencemuh tindakan Abby yang mendedahkan masalahnya dengan Norman yang masih belum selesai. Mengulas mengenai kontroversi tersebut, “kekasih” Abby, Zulkifli Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zul berkata, dia tiada hak untuk mencampuri urusan peribadi berkaitan Abby dengan bekas suaminya. “Saya tidak pernah bertanya pada Abby dan lebih senang menjadi orang biasa yang membaca perkembangan kisah mereka di akhbar sahaja. Lagipun saya tidak mahu dan tidak ada hak untuk masuk campur mengenai urusan mereka. “Biarlah Abby selesaikan sendiri perkara itu dengan bekas suaminya. Abby juga tidak bercerita kepada saya apa masalah yang belum selesai antara dia dan Norman. Saya tahu pun melalui dada akhbar,” katanya kepada Sinar Harian. Katanya lagi, walaupun tidak pernah bertanya mengenai masalah Abby dan Norman, itu tidak bermakna mereka tidak berkongsi hal-hal atau masalah lain yang dihadapi. “Saya seorang yang suka bercakap dan Abby juga begitu. Biasanya bila salah seorang ada masalah, kami akan duduk berbincang bersama. Kadang-kadang sampai dua atau tiga jam kami berbincang,” katanya yang mengakui selesa bersama Abby. Mengulas mengenai hubungan mesranya dengan Abby, Zul mengakui buat masa ini hanya Abby wanita yang paling rapat dengan dirinya. “Terus terang saya katakan saya tidak ramai rakan perempuan dan buat masa ini Abby adalah wanita yang paling rapat dengan saya. Saya tidak kisah berkawan dengan wanita lebih berusia daripada saya,” katanya yang lebih selesa membiarkan orang membuat spekulasi mengenai hubungannya dengan wanita beranak tiga itu. Tambah jejaka berusia 24 tahun ini, buat masa sekarang dia enggan memikirkan soal mendirikan rumah tangga dan tidak bersedia untuk memberikan komitmen dalam sebuah ikatan yang besar. “Selagi saya tidak bersedia untuk berkahwin, saya tidak akan meletakkan diri saya ke arah itu (perkahwinan). Lagipun berkahwin ini bukan untuk setahun dua, kita perlukan tanggungjawab dan komitmen yang besar dan perlu serius untuk memikulnya,” katanya yang berhasrat memberi tumpuan terhadap kerjaya seni yang baru dua tahun bertapak. |
Tuesday, September 21, 2010
Abby-Norman: Zul enggan masuk campur
Labels:
norman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment