Saturday, May 8, 2010

Ragut kali ke 300 baru dapat tangkap, cekap sungguh polis malaysia


Dua lelaki terlibat 300 kes ragut ditahan di bawah Seksyen Ordinan Darurat

08/05/2010 4:49pm

KUALA LUMPUR 8 Mei - Dua pemuda yang terlibat dalam 300 kes ragut di sekitar Lembah Klang kini ditahan selama 60 hari mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 bermula Khamis lepas sehingga polis menerima bukti lengkap untuk membuat pertuduhan terhadap mereka di mahkamah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritenden Abdul Rahim Hamzah Osman berkata, mereka yang masing-masing berumur 22 dan 20 tahun itu ditahan pada 25 April lepas dan kertas siasatan berhubung kes mereka telahpun diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
"Suspek pertama yang berusia 22 ditahan atas dua kesalahan iaitu meragut dan menyebabkan kematian manakala suspek kedua ditahan atas kesalahan meragut.
"Kertas siasatan mengenai kedua-dua kes meragut dan menyebabkan kematian telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibawa ke pertuduhan namun kerana kurangnya bukti, mereka diletakkan di bawah Ordinan Darurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kedua-dua suspek itu ditahan pada hari sama di lokasi berasingan setelah lebih empat bulan menjadi buruan polis. - Bernama

No comments:

Post a Comment