05/03/2011 10:05am
LONDON 5 Mac - Britain menyita mata wang Libya yang berjumlah AS$160 juta (RM480 juta) yang ditemui dalam sebuah kapal yang menuju ke Libya dan mengiring kapal tersebut pulang ke pelabuhan Inggeris, hari ini.
“Sebuah kapal yang sedang menuju ke Libya kembali ke United Kingdom Rabu lalu. Kapal tersebut diiring ke pelabuhan Hairwich yang terletak di sempadan United Kingdom.
“Beberapa buah kontena diturunkan dari kapal itu dan kini di bawah kawalan Agensi Sempadan United Kingdom serta telah dialihkan ke lokasi yang selamat.“Difahamkan kargo tersebut mengandungi sejumlah wang yang banyak dan tertakluk kepada sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” ujar jurucakap Kementerian Dalam Negeri. - AFPUtusan Malaysia Online - Terkini
No comments:
Post a Comment