Wednesday, April 20, 2011

Lelaki paling tua di dunia sambut hari lahir ke-114





TOKYO: Lelaki paling tua di dunia semalam menyambut ulang tahunnya yang ke-114 sambil melahirkan harapan ingin hidup sehingga 120 tahun.
Bekas pekerja pos, Encik Jirouemon Kimura (gambar), yang menetap di Kyotango, di barat Jepun, berkata beliau 'sangat terharu' apabila mendapat tahu yang beliau kini adalah lelaki paling tua di dunia.Ini menyusuli kematian seorang bekas pekerja perkhidmatan kereta api di Amerika, yang berusia 114 tahun, pada 14 April.'Saya telah menerima berita itu dan ia satu penghormatan yang besar,' katanya.Menurut beliau, rahsianya panjang usia ialah dengan berhenti makan apabila perutnya sudah 80 peratus rasa kenyang.Encik Kimura menambah apabila beliau menyambut ulang tahunnya yang ke-113, harapannya ialah untuk hidup sehingga 120 tahun.Harapan itu kini 'masih belum berubah,' kata beliau.Para pegawai daerah yang melawat Encik Kimura menyifatkan lelaki itu masih waras.Beliau malah duduk tegak semasa menjawab pertanyaan mereka selama 50 minit.Encik Kimura mempunyai tujuh anak, 14 cucu, 25 cicit dan 11 oneng-oneng.Beliau telah bekerja di sebuah pejabat pos selama 40 tahun, kemudian bekerja di ladang sehingga usianya mencapai 90 tahun.Encik Kimura, kini menghabiskan sebahagian besar masanya di atas katil tetapi masih mampu berjalan dengan menggunakan tongkat.Lelaki kedua paling tua di dunia juga berasal dari Jepun iaitu Encik Tanekichi Onishi yang berusia 111 tahun.Ada lima wanita di dunia yang lebih tua daripada Encik Kimura, dua daripada mereka berasal dari Jepun. -- Reuters, AFP, cyberita

No comments:

Post a Comment