Thursday, April 29, 2010

Keadilan Untuk Aminulrasyid



Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

RTM mendakwa campur tangan politik



Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun. 
Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.

Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.

Chou se
baliknya dimaklumkan bahawa dokumentari itu akan ke udara 'pada masa yang sesuai'.

Dakwaan Chou (kanan) itu timbul kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya.

Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.

'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'?
Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan.

"Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou.

"Saya amat bersimpati dengan penduduk di Sungai Asap yang telah saya wawancara berhubung masalah yang mereka utarakan tidak dapat dikongsi bersama majoriti rakyat di timur dan juga barat Malaysia,” katanya.

Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan.

"Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan 'politik didahulukan',” katanya.

Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan.

Namun jawapan yang diberikan oleh pemimpin MCA itu ialah pihaknya tidak akan campurtangan dalam hal ehwal RTM.

Chou juga merayu kepada Ibrahim (kanan) untuk mempertimbangkan semula larangannya itu demi kredibiliti RTM dan kepentingan penduduk pribumi di Sarawak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan.

“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya dengan ringkas.

Doa Laknat Kepada Ezam Soros Di Hadapan Kaabah Sempena Perlantikan Sebagai Senator.



Malunya saya kalau saya ini seorang manusia bermaruah. Tapi manusia bernama Ezam Mat Nor adalah seorang manusia yang tidak bermaruah. Sebab itu dia tidak malu menerima tawaran jawatan Senator dari parti yang pernah beliau keji dan nista.

Lebih menghairankan adalah :

"Apa jasa Ezam Soros pada negara untuk melayakkan beliau dilantik Senator”?

Adakah Ezam Soros seorang yang pernah berjuang di perbatasan sehingga berjaya menyelamatkan negara dari ditakluk musuh? Adakah Ezam Soros seorang teknokrat yang mengharumkan nama negara dengan kebolehan dan keupayaan beliau? Adakah beliau seorang yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik negara.

Pengalaman Ezam dalam politik negara tidak lain adalah mengutuk dan menista UMNO sewaktu Ezam Soros berada dalam PKR dahulu. Tidak lain dari itu. Jawatan Senator diberikan kepada orang yang tidak bermaruah seperti Ezam Soros.

Ezam juga masih belum menjawab cabaran Raja Petra Kamaruddin. Yakni Ezam telah mendapat Rm20 juta dari Soros atas nama kempen membebaskan Anwar Ibrahim. Atas sebab itulah saya memanggil beliau “Ezam Soros”. Seeloknya Ezam membersihkan nama beliau dari cabaran terbuka Raja Petra ini kepada beliau memandangkan Raja Petra bercadang untuk mendedahkan bukti kalau Ezam terus berdiam diri.

JASA EZAM ADALAH MEMBELI PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT PKR?

Mengikut maklumat yang saya dapat dari dalaman UMNO, itulah jasa sebenar Ezam Soros. Kerja-kerja perginya orang seperti Halili Rahmat dan beberapa pimpinan PKR termasuk di Perak yang menyebabkan jatuh kerajaan PR di Perak adalah hasil kerja tangan Ezam Soros.

Untungnya jadi Ezam. Sudahlah berjuta duit Soros dia dapat. Sekarang dapat pulak tawaran Senator dari parti dia maki dulu. Cuba bayang bagaimana Ezam dapat beli bangle di kawasan yang mahal di Shah Alam di waktu Ezam masih Ketua Pemuda PKR dahulu? Mana dia dapat duit. Saya sendiri pun terkial-kial nak bayar duit rumah dalam keadaan ada kerja tetap, tapi Ezam dapat beli rumah Banglo mahal dalam keadaan tiada kerja.

Saya antara yang menjadi peminat Ezam dan mempercayai cakap Ezam bahawa UMNO ini korup, sudah tidak dapat dibersihkan lagi, jahat dan sebagainya.

Tapi depan mata saya Ezam Soros telah berbohong kepada saya. Oleh sebab itu saya SUMPAH Ezam Soros kerana berbohong kepada saya dahulu.

Saya telah meminta kawan saya yang berada di Mekah untuk berdoa di hadapan Kaabah bagi pihak saya supaya Allah SWT mengutuk dan menurunkan bala kepada manusia bernama Ezam Mat Nor ini di atas pembohongan dan pengkhianatan beliau kepada kami penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Tindakan Ezam Soros ini amat buruk kepada generasi masa hadapan. KAlau tidak diambil tindakan, ia akan membenarkan tindakan khianat dan pembohongan atas dasar kepentingan pribadi dan keduniaan.

Fakta adalah sehingga hari ini Ezam Soros TIADA BUKTI apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Ezam tiada bukti bahawa Anwar telah bertindak zalim atau menyeleweng walau sedikit pun. Ertinya kemasukan Ezam Soros ke dalam UMNO tiada sebab musabab yang kukuh dan jauh sekali atas dasar syariat Islam.

Jangan takut wahai Ezam, kalau kamu tidak bersalah nescaya Allah SWT tidak akan menurunkan bala ke atas kamu. Saya lakukan ini supaya perangai Ezam ini tidak diikuti oleh generasi masa depan.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

Ezam Mohd Nor antara empat dilantik Senator
Apr 28, 10 6:32pm


Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.



Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.
Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.
Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.
Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

PERMEGIAN MU KAMI TANGISI - KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASHID




Keadilan Untuk Aminulrasyid

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum. 

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Yahudi Lagi..Oii Banyaknya. Bukan Sahaja yahudi, Tapi Anak Cucu Juga.




Oleh Azizi Hj Abdullah

Sahabat saya, Dinsman menulis dalam ruangan ‘Wacana Budaya’nya keluaran harakah 16-18 April 2010 bilangan 1531 mengatakan bagaimana Yahudi Israel sudah masuk ke rumah kita.
‘Masuk buat apa?’ Tanya Makngah Piah dari Felda Gedangsa yang baru habis letih mengurus makan minum Wanita Umno di pilihanraya kecil Ulu Selangor. ‘Masakan jantan Israel ada selesa nak rogol perempuan Melayu?’ Tanya pula Siti Som, jiran tetangganya.
Memang pun Yahudi Israel sudah masuk ke dalam rumah, setiap rumah kita. Kalau ada yang rajin nak buat kira banci, rumah orang besar-besar, pemimpin-pemimpin lagi banyak yahudi Israel masuk. Dari perabotnya sehinggalah seluar dalam. Sudah lama mereka rogol budaya dan maruah negara. Sudah lama ‘Millah’ mereka bermaharajalela.
Kalau rajin teliti, di Palestin dan di Gaza sendiri belambak-lambak Yahudi Israel masuk dan diguna pakai pula oleh ramai rakyat Palestin mahupun di Gaza.
Tenguklah pakaian anak-anak muda Palsetin ketika membaling batu ke arah keretakebal Israel. Seluar jenama apa yang mereka pakai? T Shir jenis apa yang mereka pakai? Tali pinggang apa yang membelit mereka? Itu tak periksa beg kulit, dompet duit lagi. Itu tak tenguk Coca-Cola yang mereka minum. Multimedia dan telekomunikasi siapa punya agaknya.
Jadi tak hairanlah kalau di rumah kita di Malaysia berlambak-lambak Yahudi Israel dah masuk, malah ‘mencabul’ pun sudah.
Perihal masuknya sesuatu ke dalam rumah kita sama ada sedar atau tidak, baik yang halal atau yang haram sudah tidak terkata lagi. Saya juga seperti yang lain, termasuk rumah-rumah ulama, banglo atau rumah mewah korporat, rumah menteri, rumah mufti, rumah lebai, rumah haji, rumah tuan guru dan rumah-pondok pondok sudah dimasuki tanpa sedar hal-hal kemaksiatan, kesyirikan, kebejatan.
Jangan tak sedar, rumah tuan guru yang kedepang-kedepong bersyarah dengan aqidah setiap minggu di masjid, sudah masuk gambar berhala melalui program tertentu. Jika tuan guru tak izin, anak atau isteri pula yang tekan punat TV. Jangan hairan pendakwah yang berleter tentang aurat muda mudi, seluar ketat atau sekarang nampak lurah punggung, sekarang bukan rumah pendakwah saja, malah rumah menteri yang menjaga hal ehwal wanita juga sudah ada hal-hal tersebut.
Ada ulama yang bercakap tentang syubhah, bagaimana arak jika tidak minum pun, kalau simpan atau beli barang dalam peti ais yang ada botol arak, sudah dikira syubhah. Kita marah-marah kepada anak gadis yang bekerja di bar atau coffe house yang hanya tukang angkat gelas dan botol Ancor atau Wain kononnya itu kerja syubhah. Tapi bagaimana yang meniarab tiap-tiap malam waktu musim piala dunia bola sepak? Pada satu musim yang lalu kira-kira RM7 juta tajaan dari syarikat arak? Bagaimana Babuji atau Murjit Sing minum todi dalam babak melarikan kekasih Sunil? Bagaimana persembahan Bollywood yang masyhur dengan tarian gedik? Nampak pusat dan perut? Bagaimana kita sendiri dalam rancangan Astro Ria dan lain-lain program, sang pondan menjadi penari latar atau suami isteri sedang tidur atas katil sedangkan mereka hanya pelakon?
Hahhh, macam-macam lagi boleh kita sebutkan apabila memperkata sesuatu yang lebih dari Yahudi masuk ke dalam rumah. Jadi, jikalah hal-hal yang disebutkan tadi begitu senang masuk ke dalam rumah, sama ada sedar atau tidak dan Yahudi Israel pun turut masuk seperti yang ditulis oleh Dinsman, maka apakah kita hairan jika Yahudi Israel sudah lama masuk ke dalam mehrab masjid nak jadi tukang azan??
Persoalan kita sekarang, berapa peratus agaknya kemasukan Yasudi Israel ke dalam rumah kita dan berapa peratus pula unsur lucah, khurafat, maksiat, berhala, arak, bogel, telanjang, judi, tipu, rasuah yang sudah lama masuk hingga ke bilik tidur kita?
Huhhh, sungguh kacau. Ke manakah tempat yang selamat untuk kita berhadapan dengan perkara ini? Apakah perlu umat Islam kini hidup dan berumah tangga tanpa TV? Bolehkah hidup sekarang tanpa TV?
Saya amat tidak yakin, dengan adanya TV lalu ditempahnya pula Astro dan yang lebih berada diletak pula Parabola dan lain-lain alat komunikasi, maka apakah semua itu boleh ditapis? Katakan seorang mufti mengelak dari rancangan maksiat itu, apakah ia terjamin tidak dibuka oleh anaknya apabila beliau tidak ada di rumah?
Sebelum saya menulis artikel ini, saya sudah berhadapan dengan S.M.Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Beliau menghentak beberapa persoalan kenapa, mengapa masyarakat kita terjadi begini sekarang, rogol, sosial, tipu, rasuah dan anak-anak bertindak liar. Dia memberi kesimpulan, ‘Amal makruf nahi mungkar’ sebenarnya bukan kenyataan Tuhan sahaja tetapi suruhan Tuhan di mana semua manusia mesti lakukan, mesti bertindak.
Salah satu kesimpulan yang diberi ialah pengaruh TV. Bukan TV yang salah tetapi rancangan dan pihak yang membenarkan itulah yang sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada masyarakat, khasnya golongan remaja. Manakala penonton sebagai pengguna juga mesti bijak berindak.
Saya pun terfikir begitu juga. Kenapa kita tidak pernah berbahas mengcari jalan mengelak gejala sosial ini? Apakah rancangan-rancangan TV yang membolehkan serba ada di dalamnya hanya memberi kesan buruk kepada sosial bangsa Melayu, maka demi untuk kepentingan bangsa lain, maka ia mesti dibiarkan?
Ada banyak persoalan sebenarnya. Kita rasa kalau pun kita mendapat punca dan sebab, pihak berkenaan akan merasa satu tekanan lain yang tidak upaya dibuat keputusan. Kementerian yang berkaitan dengan multimedia dan telekomunikasi misalnya, apakah berupaya menahan gelombang globalisasi dari mereka yang menguasai tampuk ini? -Saya teringat kitab Ehya...rupa-rupanya pemikiran Al-Ghazali sudah tak relevan
Sumber : detikdaily.

'The corruption of Mahathir' kata Bangkok Post




Ramai juga yang berkata Mahathir ialah satu diantara ancaman untuk rakyat dinegara ini sendiri. Dimana kesan dari kelakuan beliau terdapat beberapa pekara yang agak kurang disenangi oleh ramai rakyat di Negara nya itu.


Beliau telah banyak meluluskan pemembina projek-projek mega yang ada diantara nya tidak berguna dan diselenggara dengan baik malah kos yang diambil cukup tinggi.

Telekomunikasi menjulang di Kuala Lumpur dan bangunan kedua tertinggi di dunia menunjukkan penggunaan nya tidak mencapai matlamat sebenar. Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan lalu lintas yg agak teruk, tetapi ia juga membuat penyelewengan tujuan yg sebenar.

3 anak-anak lelaki anda bernilai 8 billion US$. Di mana adakah mereka mendapat wang ini?. Anda turut dikenali sebagai sebagai Marcos Malaysia, yang mempunyai kekayaan yg sukar dinilaikan.

Apa cerita dengan penebusgunaan 10 pulau-pulau di Kedah? Betul-betul tidak masuk akal. Sudah tentu manfaat anda ialah 20%. dan apa cerita pula dengan jambatan dari Melaka ke Sumatera yg turut diwar warkan sebelum ini.

Anda tahu juga di Australia anda dikenali sebagai seorang egodan keras kepala dan di UK anda kurang disenangi dengan pembelian bodoh sebuah studio filem kita dan 290 million ringgit industri kereta lumba Lotus.

Di UK muka anda muncul tidak kurang daripada 17 buah akhbar sebagai rasuah diktator. Di Malaysia anda diketahui sebagai (IBM) Banyak Mulut Antarabangsa.

Di Jepun mereka memanggil anda 'paling kecil satu' .Dalam kepulauan Pasifik, Santa Claus (memberi sebelah kiri nasihat dan betul).

Di selatan Amerika mereka memanggil anda kakak tua, membelanjakan berjuta-juta untuk mengumpan pelancong-pelancong.

Bagaimana anda mahu mendapatkan semula wang hasil titik peluh dalam melakukan projek-projek itu, turut dipersoalkan? Ia akan jadi seperti projek Bakun. Dana terbengkalai dibazirkan dan satu lagi projek gajah putih.

Saya sentiasa mengatakan ahli-ahli politik sepatutnya tidak terlibat dalam hal ini. Menteri-menteri semasa anda berkuasa dahulu, juga ahli-ahli perniagaan dan hampir setiap pegawai mempunyai ‘sesuatu’ untuk diri masing masing. Lihat Rafidah Aziz, menjual beribu-ribu Permit Import (AP) untuk kereta-kereta setiap nilai 20-30 ribu Kenapa tidak kerajaan yg berbuat demikian? Dia telah memperoleh berjuta-juta saham, untuk memenuhimkatung nya.

Lihat Ketua Menteri Selangor dahulu mengutip berjuta-juta ringgit dan meluluskan pembinaan bangunan-bangunan tinggi daripada ahli perniagaan. Dia adalah berbaloi dengan pulangan beberapa berbilion, tapi malangnya dia telah ditangkap dengan beberapa juta wang dalam bag di airport Australia.

Lihat pula Ketua Menteri Sarawak menjual bilion nilai konsesi balak di bawah meja; menjual setiap bahagian tanah kerajaan untuk ahli-ahli perniagaan tanpa tender; menggunakan syarikat-syarikat dia sendiri memperoleh kontrak-kontrak kerajaan yang lumayan; menjual tandatangan-tandatangan yg melulukan sesuatu agenda, Dia mempunyai 8 bilion AS dan menyimpan di luar negeri. Beribu-ribu ekar tanah diberikan kepada beberapa buah syarikat manakala beribu-ribu orang miskin masih tinggal dalam kadbod rumah-rumah sementara; tidak mempunyai air yg bersih dan tanpa tandas serta membuang air lain pula disungai sungai.


Malaysia telah kehilangan sekurang-kurangnya 30 bilion semasa pemerintahan anda lepas 10 tahun, pemerintahan yang korup. Satu bilion dihilangkan daripada pembelian kapal terbang-kapal terbang perang Skyhawk dan kini apa kesah nya? pernah dilihat pesawat ini masih tersadai padang pasir Arizona Nevada, Amerika Syarikat.

3 bilion dihilangkan daripada timah London skandal, anda berfikir ada kebodohan pada tahap yang terbaik. Apa cerita pula dengan 6 billion kilang keluli Perwaja di mana tiada sesiapa mengetahui di mana wang itu pergi, 3 billion pula dalam kes bank skandal Bumiputra apabila George Tan disogok.

6 billion tukaran mata wang asing rugi jika Bank Negara (helah dan wangnya tidak lama lagi berpisah) dan 6 bilion untuk membina tiga daripada bangunan paling tinggi dunia (dibina oleh orang Jepun dan rakyat Korea dan perabot mengimport dari Perancis bukan Malaysia) dan 1 bilion dihilangkan daripada pembelian kapal perang British termasuk bayaran-bayaran membayar kepada broker dan di bawah meja.. Menambah 10 bilion anda

Kehilangan 300 juta wang kerajaan Sarawak mencuba untuk membuat computer, dan dia telah membina sebuah pelabuhan di Sarawak Utara di kawasan air yg sangat cetek ia memerlukan kos agak tinggi untuk mengorek disetiap tahun. Perdana Menteri waktu itu membina lebuhraya-lebuhraya tanpa tender, kroni-kroni anda mendapat perjanjian dan menerima dua kali ganda harga. Begitu juga Landasan lapangan terbang Langkawi anda telah membina dengan menggandakan kos oleh syarikat anda sendiri, Ekran.. apa cerita..

Malaysia pula menghantar terlalu ramai para pelajar ke luar negeri, Anda telah dijajah oleh orang British begitu lama anda tidak boleh langsung mendidik rakyat anda sendiri. Lihat Hong Kong atau Singapura, kurang daripada 5% pelajaran di luar negeri. Semua wang dan kos pembelajaran dapat diselamatkan. Negara anda boleh menyelamatkan berbilion ringgit jika penghantaran pelajar ke luar negeri dapat dihadkan serta belajar di universiti tempatan, dan pada rakyat jelata anda yg lain masih ramai yg tanpa kasut, tanpa tanah untuk meneruskan kehidupan nya.

Sebenarnya masih terlalu banyak ‘pekara’ yg tidak sepetutnya dilakukan oleh anda, Rakyat Malaysia' Doa, "Ya Allah, kami terima kasih kerana menerima hadiah-hadiah dari anda berupa kayu, minyak dan bijian. Tetapi syaitan menghantar kami dengan rasuah beliau tanpa memikirkan baikburuk dan lihat kami walhasil balik asal sekali lagi.

Itupun belum disentuh bab , Berbilion-bilion ringgit Employee Kumpulan Wang Simpanan dan dana Petronas awam digunakan untuk membawa keluar anak-anak lelaki anda yang membuat kerugian melabur dalam setiap usaha, anda berfikir anda boleh membuat wang dengan jaya nya.

Setiap ahli-ahli politik anda duduk atas papan berpuluh syarikat-syarikat membuat beribu-ribu tanpa sebarang usaha, pinjam nama-nama VIP mereka untuk meminjam berjuta-juta daripada bank-bank tempatan tanpa cagaran.. Kini anda mahu 20 juta rakyat Malaysia mengorbankan untuk kebodohan lelaki ONE? Kenapa tidak meletakkan jawatan dan mengaku dia dibazirkan ? Saya boleh mengajar anda bagaimana untuk meletakkan ekonomi anda di landasan tetapi pertama anda perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

- By : (Bangkok Post)/s/

[5 : 51] Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang ZALIM. (QS. 5:51)

Zaid Kemuka Petisyen Dan Saman Utusan



HARI ini Zaid Ibrahim telah mengumumkan dalam sidang akhbar di rumahnya di Tropicana Petaling Jaya, Selangor akan membuat bantahan terhadap keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu. Beliau akan mefailkan petisyen meminta mahkamah mengistyharkan pilihan raya itu terbatal dan tidak sah. Serentak itu juga beliau menjelaskan akan saman Utusan Malaysia kerana melebelkan beliau sebagai kaki botol.

Kata Zaid, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung dengan penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya berkenaan. SPR didakwa tidak menjalankan tanggungjawab atau gagal melaksanakan tugas mereka dengan adil dan saksama. Utusan Malaysia pula telah menggambarkan beliau sebagai seorang kaki botol.

Kata Zaid tindakan mahkamah itu adalah untuk memastikan keadilan terjamin dan beliau tidak mahu pihak tertentu melakukan sewenang-wenangnya tanpa menghormati lunas undang-undang semata-mata kerana ingin menang.

Ketika ditanya apakah beliau akan mengambil tindakan kepada bloger yang turut melebelkan beliau sebagai kaki botol, Zaid menjelaskan; bloger tidak payahlah, biarlah Utusan saja.

Dalam pada itu beliau juga mengumumkan PKR akan menubuhkan kelab penyokong PKR di peringkat antarabangsa. Ianya akan di lancarkan di London pada Julai depan. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara boleh menyertainya. Peranan kelab ini menjelaskan kepada dunia tentang perjalanan proses pilihan raya di negara ini yang tidak adil, katanya.

Tindakan Zaid itu diharap akan membuka perkembangan baru dalam politik negara ini. Dengan kedudukan beliau sebagai seorang peguam yang dikenali ramai serta mempunyai kenalan dengan peguam senior mungkin beliau mampu memberi kseedaran kepada pihak-pihak tertentu terutamnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tindakan itu dilihat bukan sangat beliau kecewa dengan kekalahan pada Ahad lalu tetapi lebih kepada ingin memberi pengajaran kepada pihak tertentu supaya tidak menggunakan kuasa sewenang-wenangnya bagi memanipulasikan keadaan kerana inginkan kemenangan.

Mengenai perkara yang menjadi bantahan Zaid, ianya akan diumumkan oleh peguamnya minggu depan. [wm.kl. 6:15 pm 27/04/10]

Kejadian Sebenar diceritakan Saksi: Di Sebalik Kejadian Remaja Ditembak Polis



>> WEDNESDAY, APRIL 28, 2010


Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri. 

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas. 

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum. 

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Mereka sertai PKR, siapa lagi selepas ini?



KUALA LUMPUR : Kehadiran anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar dalam ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang lalu nampaknya tidak habis di situ.
Walaupun Tamrin yang juga bekas Exco Pemuda Umno tidak berceramah pada malam itu, namun ia sudah cukup membuatkan pemimpin Umno seperti cacaing kepanasan sehingga bersuara mempertikaikan kehadiran beliau.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rais Yatim suatu ketika dahulu pernah membakar jambatan dan enggan kembali kepada Umno dilaporkan kecewa dengan tindakan Tamrin yang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat pada malam itu.
"Sikap Tamrin langsung tak mirip bekas Timbalan Presiden UMNO (Ghafar Baba) itu,” kata Rais Yatim.
Terdahulu, penyokong Pakatan Rakyat dikejutkan dengan kehadiran anak bekas Timbalan Presiden Umno itu, pada ceramah Pidato Perdana Pemuda Pakatan Rakyat di Sungai Buaya pada malam 24 April lalu.
Thamrin Ghafar Baba merupakan bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan mantan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sementara itu, Tamrin ketika ditemu bual lidah rasmi PKR, Suara Keadilan baru-baru ini, mendakwa menyokong Pakatan Rakyat selepas melihat penyelewengan berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.
Berikut ialah sebahagian Pimpinan Barisan Nasional yang Keluar parti bersama ribuan penyokong masing-masing sejak setahun lalu (sekadar menyebut beberapa nama).
  1. Dr. Streram Sinnasamy yang juga Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  2. Ketua Pemuda MIC Cawangan Bandar Bukit Mertajam, M. Pristiraj, 29, Dan Ketua Wanita Mic Cawangan Sungai Rambai, Askusala Kumari, 35.
  3. Bekas Ketua MCA Bahagian Bukit Mertajam, Tony Peh Choon Peng
  4. Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.
  5. Timbalan Ketua Bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy. Tindakan itu seterusnya melumpuhkan PPP Negeri Sembilan (N9) kerana kekuatan PPP N9 terletak di Bahagian Teluk Kemang.
  6. Intelektual berbangsa Cina, Yong Thye Chong, atau lebih dikenali Sebagai Kim Quek turut menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Berikut pula ialah bekas pemimpin Barisan Nasional yang bergelar menteri dan bertaraf pimpinan tertinggi yang berhijrah menyertai PKR setakat ini.
  1. Timbalan Ketua Wanita MCA merangkap Setiuasaha Parlimen dan Dr Tan Yee Kew
  2. Ahli Parlimen Segambut dan Timbalan Menteri Pembangunan Tanah Dan Koperasi serta Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong
  3. Ahli Parlimen Kota Bahru dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim
  4. Menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng
  5. Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam.
  6. Datuk Kalakau Untol, Timbalan Menteri Persekutuan merangkap bekas Senator negeri Sabah sehingga 2005.
  7. Bekas Ahli Parlimen Sungai Besi, Fan Seong Than yang juga adik kepada bekas Ahli Parlimen Kampar, Fan Yew Teng, menyertai PKR pada 24 April lalu.
Fan Seong Than berkata, beliau menyertai PKR kerana beliau hilang keyakinan terhadap MCA dan pemimpin baru MCA, Chua Soi Lek yang memenangi jawatan Presiden parti itu baru-baru ini.
"MCA memilih seorang pemimpin (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) yang terang-terang dibuktikan terlibat dengan skandal seks.
Saya tidak ingin memberi komen kerana rakyat bukan bodoh, mereka boleh berfikir sendiri apa mungkin telah berlaku dalam MCA hinggakan boleh mendapat keputusan sebegini," kata Fan.
Kini Pakatan Rakyat menantikan keputusan keluar parti oleh mantan Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Lim Ah Lek.
Lim dipercayai menangguhkan untuk keluar parti beberapa minggu lalu bagi mengelakkan BN terjejas dalam PRK di Hulu Selangor.
Sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa Lim boleh memaafkan atau tidak membangkitkan sama sekali skandal sex DVD membabitkan Chua Soi Lek tetapi zaman internet tidak membenarkan masyarakat melupakan insiden itu dan ianya di luar kawalan.

Lim berpendapat reputasi MCA telah terjejas kerana mempunyai seorang presiden yang terbabit dalam skandal seperti itu.Erapakatan

Bahaya Zionisme Meresapi Umno-BN



Berita
Sumber HarakahDaily
Negara kita yang tercinta, kini berada di ambang ancaman yang amatberbahaya akibat kebuasan nafsu pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional yang sedang kemaruk untuk mengekalkan kuasa.
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seharusnya tidak memutarbelitkan fakta yang sudah diperakui oleh kerajaan pimpinannya, iaitu menggunakan khidmat perunding Yahudi Zionis APCO Worldwide dengan bayaran terkini RM77 juta sejak setahun lepas.


APCO Worldwide pada asasnya adalah syarikat komunikasi yang digunakan untuk menjernihkan imej Umno-BN yang tercalar teruk pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Peranannya sekarang sudah menjadi begitu besar. Ia menjadi penasihat utama kepada PM untuk membentuk imej baru, memulihkan persepsi rakyat dan menggunakan pelbagai taktik dan strategi.

Oleh kerana APCO sendiri merupakan sebuah syarikat Yahudi Zionis, maka ia tidak boleh lari daripada menggunakan pendekatan ala Zionisme yang terkenal amat licik, ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Zionisme menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' dan menganggap semua penentangnya sebagai ghayyim (hina) yang mesti dimusnahkan walau sekejam mana sekalipun.

Dikhuatiri pendekatan sebegini yang menjadi pegangan Umno-BN, demi untuk mengekalkan kuasa yang mereka nikmati selama lebih 50 tahun dalam negara.

Dikhuatiri pemimpin Umno-BN akan menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' untuk memusnahkan penentang-penentangnya yang terdiri daripada Pakatan Rakyat.

Elemen-eleman nasihat Zionisme sudah mulai subur dalam negara. Ia sudah menjarah minda pemimpin Umno. Ia sudah dipraktikkan oleh media tali barut Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.

Khususnya di Hulu Selangor, Umno-BN memainkan kononnya kesucian calon Pakatan Rakyat tercemar, media tali barut membesar-besarkan cerita mengenai seorang individu, sedangkan bertimbun-timbun manusia Umno yang jauh lebih rosak dan tercemar disembunyi dan dilindungi.

Mereka merasuah rakyat secara terang-terangan, mengagihkan wang, menabur janji pembangunan, memeras ugut penyokong Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya akibat kemaruk kuasa.

Mereka cuba menipu rakyat, membohongi rakyat, memperbodoh-bodohkan rakyat, bahawa kononnya merekalah parti yang memperjuangkan nasib rakyat.

Namun, rakyat yang terpelajar, rakyat yang cerdik tidak akan tertipu. Yang tertipu hanyalah rakyat yang minda mereka tertutup, mereka berada jauh dari arus pembangunan, mereka dibiarkan miskin dan susah, agar mereka mudah diperas ugut.

Ayuh pendukung Pakatan Rakyat, atas nama keadilan Islam, atas nama demokrasi, atas nama hak asasi dan kebebasan, kita bangkit menentang kemungkaran ini. Kita bangkit menentang kefasadan yang berlaku akibat nasihat Yahudi Zionis ini.

Kita tidak sama sekali harus membenarkan negara dijajah oleh Yahudi Zionis. Kita adalah bangsa yang bermaruah, kita adalah bangsa yang mempunyai susur galur budaya yang amat murni.

Kita menolak kekejaman, kita menolak manipulasi, kita menolak pengaruh fahaman Yahudi Zionis yang dibawa oleh Umno-BN dalam negara. Jangan sesekali kita berundur walaupun kita terpaksa berhadapan dengan rintangan yang lebih besar di hadapan nanti.

Kita harus bekerja lebih kuat dan gigih, menyatupadukan gerombolan Pakatan Rakyat, mendidik rakyat untuk lebih prihatin dan peka untuk terus menolak BN pada PRU ke-13 nanti.
Oleh Mohd Rashidi Hasan

Terang-terang rasuah politik


JANJI RM3 JUTA 26 APRIL, DAPAT REPLIKA 28 APRIL


Najib (tengah) menyerahkan cek replika bernilai RM3 juta kepada pihak sekolah SJKC Rasa di Putrajaya 28 April 2010. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA, 28 April — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor.

“Saya sudah buat satu pengakuan bahawa semua janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kita akan tunaikan,” kata Perdana Menteri pada majlis penyerahan cek itu kepada sekolah berkenaan di sini.

Katanya beliau ingin memberitahu kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa Barisan Nasional adalah sebuah parti yang mereka boleh yakini.

“Apa saja yang kita telah janjikan kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan,” katanya.

Terdapat desas-desus kononnya BN tidak akan menyediakan peruntukan itu kerana kaum Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN pada pilihan raya kecil itu.

“Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan. Saya anggap ini tanda keikhlasan kepada masyarakat kaum Cina.

“Walaupun kali ini mereka tidak sepenuhnya mengundi kita tapi kita harap pada masa akan datang kaum Cina akan beri sokongan lebih padu kepada Barisan Nasional,” katanya.

Najib berharap peruntukan itu dapat membantu sekolah tersebut membina bangunan sekolah tambahan di tempat yang baru.

“Maknanya hutang saya sudah langsai,” katanya ketika menyerahkan cek tersebut kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Ng Tek Kui dan guru besarnya, Ng Kin Mooi.

Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan calon BN yang menang kerusi Hulu Selangor, P. Kamalanathan.