Saturday, May 1, 2010

Khutbah Luar Masjid



Disco Rimba Merebak di Beberapa Dearah Di Kelantan?

HIBURAN merupakan fitrah dalam kehidupan. Sesiapa pun mahukan hiburan dan memerlukan hiburan. Hiburan adalah makanan batin. Islam sendiri tidak menghalang hiburan. Tetapi hiburan itu mestilah menempati syariah dan membawa maksud dakwah kepada manusia. Hiburan yang boleh memberi kesegaran jasmani dan rohani.
Kalau hiburan kering dengan unsur-unsur dan peranan demikian ia merupakan hiburan yang batil dan akan membawa kemudaratan.

Peringkat awal Pas memerintah Kelantan segala bentuk hiburan bertentangan dengan syariah, yang mendedahkan kepada maksiat diharamkan. Segala konsert terbuka tidak dibenarkan diadakan. Larangan ini menyebabkan timbul sunggutan secara senyap oleh penggemar hiburan hedolisme.

Bukan itu saja, persembahan permainan tradisional Mak Yong, Dikit Barat dan Wang Kulit juga tidak dibenarkan pada awalnya. Larangan ini menimbulkan polemik dan kritikan oleh budayawan dan peminatnya. Tetapi kelonggaran akhirnya diberi, persembahan permainan tradisional itu dibenarkan selagi ia tidak mempunyai unsur-unsur kurafat dan maksiat.
Misalnya larangan persembahayan wayang kulit yang mempunyai jampi dan mentara bersifat pemujaan roh dan benda, demi menjaga kerjernihan iman dan jiwa rakyat Kelantan.
Dikir Barat yang tidak mencampurkan lelaki dan perempuan dihalalkan. Bagaimana pun penyanyi dikir barat dari kalangan perempuan diharamkan. Tetapi anihnya CD atau VCD nyanyian dikir barat oleh perempuan bebas dan berlambak di jual di pasar-pasar dalam negeri Kelantan.
Seperti dijelaskan tadi peringkat awal larangan ini menimbulkan masalah. Ketegasan dalam hal ini menimbulkan masalah kepada pencari dan pendahaga hiburan. Ia menjadi masalah bila mana tidak ada hiburan alternatif yang disediakan. Perkara ini disedari oleh pihak berkuasa negeri Kelantan maka hiburan alternatif dibenarkan seperti persembahan nasyid kontempopari, atau persembahan dari penyanyi jantan hatta penyanyi rocak dibolehkan.
Atas kelonggaran dan sebagai menyediakan hiburan alternatiflah maka johan Akademi Fantasia, Asmawi Ani dibawa ke Kelantan. Kedatangan Mawi memecah kebisuan berhubung hiburan sejak Pas memerintah Kelantan.
Boleh dikatakan Mawi telah merintis jalan memberi hiburan alternatif di Kelantan. Selepas kedatangan Mawi – yang juga boleh dipertikaikan kejernihan bentuk hiburannya, ia diikuti oleh beberapa penyaanyi jantan lain yang dikatakan sudah berubah dan insaf untuk mendekati Islam.
Serentak itu juga artis yang bertudung dan tidak menjolok mata datang ke Kelantan dan bertemu denghan Tok Guru Nik Aziz. Nik Aziz juga turut memberi sokongan dengan sedia menghadir ke majlis kelolaan mereka seperti merasmikan peremis perniagaan artis berkenaan.
Exco Kelantan juga tidak malu-malu untuk duduk semeja dengan artis popular menjadi pujaan sejuta jantan untuk minum pagi atau menyampaikan cederamata kepadanya.

Semua hiburan itu masih terkawal dengan baik. Kerajaan Kelantan masih dapat menjaga dasar dan mempertahankan polisi hiburannya berteraskan kesedaran dan keinsafan insan.
Persembahan atau konsert masih berjalan dalam suasana tertib walaupun limpahan yang berlaku kadang-kadang menyebabkan masalah pencampuran lelaki dan perempuan tidak dapat di atasi. Contohnya limpahan dalam konsert Jom Heboh anjuran TV3 baru-baru ini. Tetapi itu bukan kehendak kerajaan negeri tetapi berlaku tanpa diminta. Jadi kerajaan negeri tidak berdosa dalam hal ini. Syukran!

Tetapi apakah pihak kerajaan negeri tahu mengenai satu wabak baru yang sedang menunas di Kelantan ketika ini. Wabak yang dimaksudkan itu ialah Disco Rimba sedang berkembang dan membiak tanpa ada kawalan. Buat masa ini ia aktif di tiga buah daerah di negeri itu; Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat. Katanya kawasan yang menjadi tumpuan ialah di Dun Bukit Tuku, Gual Periok dalam parlimen Rantau Panjang, dan Dun Chetok dalam parlimen Tanah Merah.

Disco rimba ialah majlis tari menari ala dico dan ronggeng atau joget lambak. Ia diadakan di kawasan-kawasan terpencil dan sunyi di kawasan disebutkan tadi ataupun di laman rumah yang jauh dengan orang ramai. Kegiatan ini digerakkan oleh sebuah kumpalan yang namanya seolah-olah mencerminkan sebuah badan kesenian tradisi Kelantan.

Budaya ala-ala hipis kampuag ini katanya sudah lama berjalan. Sejak lebih dua tahun lalu. Mereka yang menjadi pelanggangya ialah golongan veteran, dan remaja yang suka berpeleseran dan dahagakan hiburan jahiliah. Tetapi apa yang mengejutkan kanak-kanak juga turut sama dilihat dalam majlis berkenaan. Apakah mereka dibawa ataupun dijadikan umpan?

Beberapa keping gambar yang dipaparkan ini menjelaskan akan keliaran dan kejahlian serta penglibatan kanak-kanak dalam majalis berkenaan.

Untuk menganjurkan disco rimba ini ia tidak memerlukan perkakas ITyang moden dan canggih. Ia cukup sebuah kaset dan pembesar suara. Peralatan lain ialah dua buah lampu kalimatan digantung ditiang kayu. Pengelolanya akan menyediakan wanita untuk dijadikan pasangan menari dan berjoget dengan bayaran seringgit dua. Mana-mana pelanggang atau pengujung yang ada pasangan boleh membawa pasangan masing-masing.
Waktu operasinya ialah menjelang tengah malam dan hingga ke dini hari. Untuk mengadakan kegiatan ianya dibuka kepada sponsor dengan dikenakan bayaran RM500 untuk satu malam. Orang tertentu termasuk yang dikatakan mempunyai kuasa politik dikatakan turut menjadi sponsor kepada kegiatan ini.

Tidak dapat dipastikan apakah kegiatan disco rimba ini ada dalam pengetahuan wakil rakyat atau pun tidak. Sekiranya ia diketahui wakil rakyat dan mereka mendiamkan saja, betapa keji dan menyesalkan. Sekiranya mereka belum mengetahuinya dengan pendedahan ini bolehlah wakil rakyat, penghulu, penyelia mukim, ataupun mana-mana pihak membuat intipan untuk membenteras kegiatan ini.

Kerajaan Kelantan juga jangan melengah untuk mengambil tindakan bagi membenteraskan kegiatan ini. Dengan membiarkan lebih lama, menjadikan ia berkembang ke daerah lain pula dan akan timbul persepsi di kepala orang ramai kegiatan berkenaan dibenarkan. Sekiranya majlis agama, polis ataupun Ngo-Ngo anti maksiat takut untuk mencegahnya saya cadangkan supaya pihak Istana Kelantan sendiri menggambil tindakan mengenai kegiatan ini.

Apa lagi Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sekarang ini begitu mengambil berat kepada hak-hal keakhiratan, maka wajar kalau Tuanku turut bertitah menasihat supaya kegiatan ini dihentikan ataupun kerajaan Kelantan dapat menyediakan satu mekanisme bagaimana untuk menjadikan kegiatan haram dan maksiat seperti disco rimba itu ditukar kepada kegiatan halal dan diredhai Allah. Apa yang penting semua pihak kena menyedari bahawa hiburan adalah fitrah bagi mahluk yang hidup! [wm.kl. 11:15 am 30/04/10]

Dr Mahathir puji Perkasa atas dasar perkauman



Friday, April 30, 2010
Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan langkah Tun Dr Mahathir Mohamed memuji Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana beliau juga mengamalkan dasar perkauman.
Menurut Dr Mahathir katanya, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perkasa telah berjaya menarik undi Melayu membantu Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil Parlimen di Hulu Selangor Ahad lalu.

"Dr Mahathir sendiri seorang rasis. Sebab itu dia memuji Perkasa dan menyokong badan bukan kerajaan itu," kata Yusmadi ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.
Beliau berkata, "Dr Mahathir adalah seorang pelopor dasar perkauman dan telah sebati dalam hidupnya sejak berkurun lalu untuk digunakan sebagai modal mainan politik semasa sehingga sekarang.
Menurut Yusmadi, pendirian Dr Mahathir dan Perkasa tidak diterima oleh banyak golongan termasuk parti mereka sendiri (BN) yang juga menolak isu perkauman.
Tegas beliau, Perkasa wujud adalah hasil dari sisa buangan Umno yang telah kecewa kerana ditolak Umno dan tidak mempunyai platform lain untuk membentangkan agenda politik mereka.
Beliau berkata, Dr Mahathir menggunakan Perkasa sebagai pengurus majlis untuk beliau menonjolkan diri setelah dibelakangkan oleh Umno sebelum ini.
"Saya lihat Perkasa menjadi orang suruhan untuk penggerak Dr Mahathir untuk terlibat dalam politik kerana Umno tidak lagi memberi ruang kepada beliau untuk menjadi tunggak utama dalam perjalanan Umno.
"Dr Mahathir boleh bekerjasama dengan Perkasa kerana perjuangan kedua-duanya adalah sama dan akan sentiasa semat di hati mereka bahawa perkauman di antara bangsa-bangsa perlulah dibezakan," tambahnya.
Yusmadi berkata, kemenangan BN di Hulu Selangor bukanlah bantuan dari Perkasa seperti yang didakwa oleh Dr Mahathir tetapi adalah kerana merasuah duit rakyat kepada rakyat hingga dapat membeli Hulu Selangor dengan nilai puluhan juta ringgit.
"Janganlah BN mahupun Perkasa atau pun Dr Mahathir sendiri menafikan kemenangan BN adalah dari merasuah rakyat kerana perkara itu amat jelas untuk rakyat menilai," ujar beliau.
Freemalaysiatoday

Rais Seorang Hipokrit - Tamrin Ghafar




Anak mantan Timbalan Perdana Menteri,Tamrin Ghafar menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai hipokrit apabila mempertikai kehadiran beliau pada dua ceramah kempen pilihan raya kecil Pakatan Rakyat di Hulu Selangor minggu lalu.

Ketika ditemuramah Suara Keadilan, Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam selama dua penggal berkata berbanding Rais beliau tidak pernah meninggalkan Umno dan juga tidak bertindak membakar 'jambatan'.

"Tidak pernah dalam sejarah karier politik, saya tinggalkan parti tetapi Rais pernah berada di dalam parti Semangat 46 dan berkata beliau telah membakar jambatannya dengan Umno.

"Semasa di luar Umno beliau memaki hamun, mencerca dan menyerang begitu hebat sekali semua pemimpin Umno termasuk Najib dan isterinya Rosmah.

"Apabila dia perlukan jawatan Menteri kembali Rais sanggup mencium tangan yang membina jambatan yang dibakarnya," kata Tamrin di pejabatnya hari ini.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi MARA dan Exco Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu sebagai seorang politikus yang licik tetapi gagal sebagai seorang anggota Kabinet.

"Rais akan berbuat apa sahaja dan cakap apa sahaja untuk memuaskan hati ketuanya asalkan jawatan dan kepentingan dia terjamin.

"Semasa menjadi Menteri Luar beliau gagal mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Putih sehingga kita hilang pulau itu kepada Singapura.

Tamrin mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang memetik Rais sebagai berkata bahawa tindakan beliau menyertai ceramah Pakatan Rakyat diibarat seperti 'mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan' serta tidak mencerminkan perjuangan ayahnya, Tun Abdul Ghafar Baba.

"Sekarang ini Umno pandai bercakap mengenai perjuangan Tun Ghafar tetapi apabila sahaja ayah saya tidak lagi berada dalam kerajaan tidak ada pemimpin Umno yang peduli atau datang melawatnya. Mereka hanya datang ziarah disaat Tun Ghafar menghembuskan nafas terakhir beliau. Begitulah Umno melayan dan mengiktiraf jasa dan sumbangan Tun Ghafar. Dia hanya penting ketika pegang jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan," kata Tamrin dalam nada kesal.

Menyentuh mengenai kehadirannya pada ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Buaya dan Stadium Kuala Kubu Baharu, Tamrin berkata beliau mengkagumi ketokohan Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak dalam Pemuda Umno lagi.

"Saya dengar Tuan Guru Nik Aziz akan berada di Sungai Buaya jadi saya pergilah. Kebetulan Datuk Seri Anwar, kawan lama saya, ternampak saya dan memperkenalkan saya kepada hadirin dan menjemput saya ke atas pentas.Apabila Tuan Guru tidak datang saya kembali keesokan malamnya untuk mendengar ceramah beliau di stadium. Baru sekarang saya dapat berpeluang untuk mendengar ceramah Tuan Guru setelah menunggu sekian lama.

"Terpulang kepada pucuk pimpinan parti sekiranya mereka ada niat untuk pecat saya. Saya sedia menerima apa juga keputusan dengan hati terbuka," kata beliau lagi. -SK

Ratusan Pengundi Hulu Selangor Lapor Penipuan BN..Harapan Untuk Ada PRK Semula..



Inilah berita gembira yang dibaca hari ini..inilah berita yang memberikan cahaya buat kita semua..inilah berita yang kita tunggu-tunggu selama ini :
Ratusan Pengundi Hulu Selangor Dijangka Buat Laporan Polis Penipuan BN
Ratusan pengundi Hulu Selangor yang kecewa dijangka membuat laporan polis esok atas tuduhan penipuan dalam pilihanraya kecil Ahad lalu.
Menurut sumber, laporan ini akan merangkumi pelbagai tuduhan salah laku.
"Ada yang menyatakan bahawa mereka diberi wang untuk memilih BN, atau sebaliknya nama mereka dihapuskan daripada senarai pemilih.
"Sebahagiannya mendakwa mereka tidak diberi peluang untuk memilih kerana mereka diberitahu oleh pegawai SPR, bahawa mereka telah pun mengundi," kata sumber tersebut kepada FMToday
Mereka dijangka mengemukakan laporan di balai polis Kuala Kubu Bharu
Pertemuan dengan Ketua Polis Selangor Petang semalam, pengundi terbabit telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis negeri Selangor Khalid Abu Bakar untuk mendapatkan nasihat tentang apa yang harus dilakukan.
"Mereka mempunyai tiga sungutan utama dalam pilihanraya itu, jadi saya menyarankan mereka untuk mengemukakan laporan di balai polis Kuala Kubu Bharu, kerana pengadu berasal dari sana," kata Khalid
Namun Khalid tidak mahu mengulas lanjut berkata, "Tunggu mereka mengemukakan laporan terlebih dahulu."
Ketua polis mengatakan dia telah mengarahkan pegawai atasannya di daerah terbabit untuk menunggu pengadu membuat laporan esok dan mengambil laporan.
"Kita harus melihat apakah dakwaan tersebut di bawah bidang kuasa kita, atau kita rujuk kepada SPR.
"Tapi kalau masalah yang dikemukakan termasuk dalam bidang tugas kita, maka kita akan melakukan penyelidikan teliti," tambahnya.
Pilihanraya kecil Hulu Selangor telah dimenangi oelh calon Barisan Nasional P. Kamalanathan mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dengan majoriti 1725 undi.
Zaid dan pemimpin lain telah menuduh BN dan Perdana Menteri Najib Tun Razak menggunakan taktik kotor termasuk "membeli undi".
Najib telah menafikan tuduhan tersebut.
Kelmarin, Zaid, yang juga bekas menteri undang-undang, mendedahkan bahawa dia akan mengemukakan petisyen pilihanraya untuk membatalkan keputusan pilihanraya itu.
Zaid juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan akhbar harian milik UMNO, Utusan Malaysia.
Rumusannya. Beberapa laporan polis akan dibuat. Iaitu
a) Penipuan oleh BN
b) Pengundi diberi wang untuk mengundi BN
c) Nama tiada dalam senarai pemilih
d) Tiada peluang untuk laksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
Nah BN..Kamalanathan..tak tidur lena lah korang selepas ini. Lepas laporan polis dibuat, kertas siasatan akan dibuka. Dan pertuduhan akan dibuat kepada BN di Mahkamah. Saksi-saksi ini akan tampil dan mengemukakan bukti-bukti yang sahih dan kukuh..dan mahkamah akan jatuhkan keputusan yang kemenangan Kamalanathan di Hulu Selangor adalah tak sah..
Dan satu pilihanraya baru akan diadakan..inilah sebenarnya yang ditunggu oleh rakyat Hulu Selangor. Harus diingat bahawa DUN Batang Kali dan DUN Kuala Kubu Bharu telah dimenangi oleh Dato’ Zaid. Hanya kawasan felda dari DUN Hulu Bernam sahaja yang menyelamatkan BN.
Dan inilah yang BN sangat takut. Jika PRK dijalankan secara bersih dan bebas, maka sudah pasti mereka akan kalah awal. Sama-samalah kita tunggu dalam tempoh 60 hari ini.. InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH, kita akan berpilihanraya sekali lagi. Ini bukan soal dengaki kerana kalah pilihanraya, tapi ini adalah soal keadilan dan keluhuran undang-undang. Jika Pakatan Rakyat salah pun, BN boleh buat petisyen..
Dan jika PRK Hulu Selangor diadakan semula, sudah pasti akan lebih menjadi sengit dan sudah tentu BN akan berputih mata. Buat semua ahli penyokong Pakatan Rakyat, sama-samalah kita berdoa agar keadilan dapat ditegakkan dan hakim memihak kepada keadilan dan menyingkirkan kezaliman. Semoga hasrat majoriti rakyat Hulu Selangor yang mahukan PRK baru diadakan, akan dimakbulkan oleh ALLAH yang sangat berkuasa, lebih berkuasa dari UMNO ISRAEL yang dilaknat itu..

Harga Kickdefella RM 4 Juta, Apco RM 77 juta untuk lawan Pakatan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM 4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan BN selama ini.
PAS mahu Kickdefella menyatakan apakah bentuk-bentuk fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan untuk memburukan BN dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyebarkan berita fitnah itu.
PAS yakin, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan PAS Kelantan. Namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan. Hatta bagi jentera penerangan parti sekalipun, kita hanya membuat pendedahan yang mempunyai fakta dan kebenaran.
Seandainya terdapat fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh blogger itu, jelas beliau sengaja menciptanya dan berbohong kepada semua termasuk kepada orang yang membayar gajinya. Kickdefella perlu membuktikan siapakah yang mencipta pembohongan itu, adakah pimpinan PAS atau dia sendiri yang merekanya demi untuk membodek Kerajaan PAS selama ini.
PAS mencabar kickdefella untuk membuat laporan kepada pihak Polis dan SPRM jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukan pimpinan PAS mencipta pembohongan dan memaksa beliau menjadikannya sebagai bahan propaganda.
Beliau kini terdesak untuk kembali bersama Umno-BN yang baru-baru ini sanggup membayar RM 77 juta kepada APCO Worldwide untuk mencita Slogan 1 Malaysia dan menjadi perunding kepada Kerajaan BN bagi melawan kebangkitan Pakatan Rakyat.
Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz.
Perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia politik kerana ada manusia yang sanggup menjual diri demi untuk mencari makan dan hidup mewah. PAS sudah lama bersedia dengan propaganda media sebegini.
Agem propanganda media seperti Kickdefella hari ini sanggup menjual penulisan mereka untuk mendapat bayaran tertentu dari pihak tertentu untuk mengkhianati rakan dan majikan. Mereka hidup bersendirian, kiri kanan ditikamnya. Bila duduk berhadapan mereka membodek, bila dibelakang mereka bekerjasama dengan musuh.
PAS berharap agar jentera penerangan PAS terus berusaha membongkar kezaliman BN dan menyampaikannya pada rakyat. Setiap fakta dan kebenaran harus dibawa kepada rakyat supaya mereka boleh menilai siapa pembohong, siapa pengkhianat dan siapa pejuang sebenar.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kes Aminulrasyid: Kata Dua Untuk Ketua Polis Negara




KL, 30 April 10: Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu. Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut. Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'. Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan. (AK)
Lihat sebelum ini...

Ayo Mulai! Kempen Menderma Dirham ke Masjid Setiap Jumaat.






Yang Terbuku Di Hati
Luahan perfikiran sebebas-bebasnya.
denaihati.blogspot.com/

Ayo Sertai


Kempen Mula Menderma Dengan Dirham Pada Hari Jumaat Di Masjid



Muka Depan 1 Dirham


Muka Belakang 1 Dirham

Setiap hari jumaat, mulai hari ini, dermakan satu dirham setiap kali solat jumaat di Masjid.

Ini bertujuan untuk mengedarkan dirham kepada masyarakat sambil beramal.

Saya faham ianya memerlukan kos yang tinggi.
Walaubagaimanapun, kita bukannya boleh bawa emas dan perak sampai ke kubur.

Maka gunakan daya ekonomi tuan puan, beli dirham banyak-banyak dan dermakan.

Samada pihak masjid faham atau tidak tentang dirham dinar, ianya akan difahami jua satu masa nanti.

Mana-mana AJK Masjid yang berada di Melaka, boleh perolehi Buku "Dinar Emas dan Dirham Perak" tulisan Sheikh Imran Hussien, secara percuma daripada saya. Tapi pemilikannya adalah milik Masjid, bukan milik AJK.



Kiriman Blog di sana-sini




Dimana Mendapatkan Dirham


Dagangan DuaLogam Merlimau 
kawasan : Melaka Muar Tangkak
0196691975



Zakaria Ismail   
Kaw: Putrajaya
0129883445




Mohamad Shahrul bin ShahidanBandar Baru Bangi, Kajang Mewah, Sg. Chua, Sg. Ramal, Sg. Tangkas, UNITEN
Mohamad Shahrul bin Shahidan
Telefon: 019-2690109


Nusantara Bullion Exchange (nubex)
Kaw: SeMalaysia
Telefon : +6(03)-7729 9640 / 9604



Omar Yaacob a.k.a Omar Kulim
Kaw: SeMalaysia
0134250872

Pentas Pakatan: Tamrin sedia hadapi tindakan Umno



Dzulfikar Mashor   
KUALA LUMPUR, 30 April: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar (gambar) bersedia menerima sebarang tindakan daripada Umno ekoran tindakannya berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.

Beliau ketika ditemual semalam menjelaskan, kehadirannya di dua program Pakatan Rakyat itu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi.

Manakala keputusan duduk sepentas dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, katanya sekadar memenuhi pelawaan seorang sahabat lama.

Mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) yang mendakwa beliau tidak mirip ayahnya dan pernah keluar Umno pula, beliau berkata, Rais sebenarnya 'bapa hipokrit'.

Selama bersama Umno, beliau menjelaskan tidak pernah menyerang kepemimpinan parti itu, dan tidak seperti Rais.

"Pada saya, Rais ini ialah 'bapa terbesar hipokrit', yang sebenarnya, saya tak pernah pun keluar dari Umno macam Rais Yatim," tegas beliau.

Rais ketika menyertai Semangat 46 dahulu katanya, nyata mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad.

"Tak ada ada dalam sejarah, saya membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa Semangat 46 dulu serang kepemimpinan Umno hingga bakar jambatan," ujarnya lagi.

Ekoran itu beliau berkata, keputusan Rais berbaik-baik semula dengan Umno apabila pemimpin Semangat 46 kembali menyertai Umno disifatkan seperti menjilat kembali tangan Mahathir.

"Akhirnya beliau sendiri menjilat semula tangan Mahathir kerana nakkan jawatan," katanya.

Bela Aminulrasyid, elak kejadian berulang



Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 30 April: Pembelaan ke atas Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis awal pagi Isnin lalu adalah sangat penting untuk mengelak kejadian sama terus berulang, tegas Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Ingin saya tegaskan pembelaan atas kematian Allahyarham juga sangat penting untuk memperbetul kembali keadaan agar polis tidak bertindak sewenang-wenangnya. Polis perlu bertindak dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan akal yang waras," katanya.

Serentak dengan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menggesa seluruh rakyat mengemukakan enam tuntutan keadilan untuk Aminulrasyid.

"Pertama, polis dan media mestilah menarik balik tuduhan dan tanggapan bahawa mangsa pembunuhan itu adalah penjenayah," katanya.

Polis dan media juga hendaklah memohon maaf secara pada keluarga mangsa kerana menuduh mangsa adalah penjenayah, kata Mahfuz.

"Ketiga, gantung tugas anggota polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati ke atas mangsa.

"Keempat, reman anggota yang terbabit untuk elak dari kemungkinan kejadian menggugut saksi khususnya kawan-kawan mangsa," katanya.

Suhakam pula, katanya, hendaklah menjalankan siasatan sesuai dengan kedudukannya sebagai badan hak asasi manusia untuk menegakkan keadilan.

"Di samping kesemua itu, satu suruhanjaya bebas hendaklah ditubuhkan segera untuk menyiasat kes ini yang telah mencemar nama baik institusi diraja yang memayungi Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Mahfuz juga menasihatkan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar agar tidak mengeluarkan kenyataan celupar yang meminta ahli-ahli politik mengelak dari mengulas insiden tersebut.

"Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut Ketua Polis Selangor menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz juga berkata, kenyataan ketua polis negeri itu juga dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan integriti polis.

Kejadian yang menimpa Aminulrasyid, kata beliau, memburukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan polis.

"Sedangkan tindakan yang diambil oleh ahli politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.

"Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambah persepsi negatif rakyat terhadap polis," katanya.

Kelmarin, Khalid meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Aminulrasyid terbunuh selepas ditembak anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dari sekatan polis.

Kesian tengok gambar ni


Gambar Sayang Abang pada Adik...

Abang sayang adik.....

Polis tak sayang adik....

Polis tembak adik.....

Kesian adik....

Sedih nengok gambar nih... walaupun miskin harta tapi tetap sayang adiknya.... bagaimana Polis tergamak tembak budak berusia 15 tahun?

Walaupun orang itu memandu secara bahaya apa hak Polis untuk menembak? MENEMBAK UNTUK MATI...

Kepala adik berlubang..

Al-Fatihah pada adik AMINULRASHID....

Kisah Seorang Diktator Yang Kelakar




Saparmurat Niyazov adalah Presiden kepada negara pecahan Soviet Union iaitu Turkmenistan. Dia telah menjadi presiden kepada Turkmenistan dan mendakwa dirinya adalah "Presiden Popular Pilihan Rakyat" selepas kemenangannya di dalam pemilihan presiden negara itu pada 1992,yang hanya mempunyai satu calon bertanding,iaitu dirinya sahaja.Pada 1999,Parlimen Turkmenistan mengisytiharkan Saparmurat sebagai "Presiden Seumur Hidup" hasil daripada pemilihan ahli-ahli Parlimen yang telah dipilih oleh dirinya sendiri.

Terdapat pelbagai sumbangan dia kepada negara nya,antaranya:

1. Memperkenalkan cuti-cuti baru yang berkaitan dengan budaya negaranya.

2. Melaksanakan penukaran penggunaan huruf-huruf yang digunakan semasa zaman Soviet Union dan digantikan dengan huruf-huruf baru Turkmenistan.

3. Membangunkan ekonomi Turkmenistan dengan pelaksanaan ekonomi berasaskan minyak dan gas asli.

4. Melaksanakan model ekonomi yang memeberikan kemudahan air,elektrik,gas dan garam yang diproses secara percuma kepada semua rakyat.

5. Menamakan semula bulan dan hari di Turkmenistan mengikut nama-nama tokoh negara itu.Yang menyeronokkan,dia juga menggantikan nama dia dan keluarga dia untuk digunakan sebagai ganti nama hari dan bulan.

6. Memberikan keampunan kepada penjenayah yang ditangkap setiap kali tiba malam Lailatul Qadar (kerana penduduk di situ majoritinya Islam)

..........

Dengan pelbagai sumbangan itu,sudah pastilah dia disayangi dan dihormati.Sayangnya,dia juga :

1. Memasukkan elemen-elemen yang memuji dirinya ke dalam lagu kebangsaan negaranya.

2. Menarik balik atau mengurangkan wang pencen yang telah diberikan kepada persara.

3. Menutup SEMUA hospital kerajaan kecuali yang berada di ibu negara dengan alasan,jika rakyat sakit,mereka perlu datang ke Asgabat,ibu negara Turkmenistan.

4. Mengharamkan artis dan penyanyi daripada menggunakan kaedah lip-sync semasa persembahan,dengan alasan industri muzik tidak akan maju dengan kaedah lip-sync.

5. Meminta sebuah istana untuk dirinya dibina menggunakan AIS disebuah negara yang beriklim panas.Istana itu tidak dibina.

6. Mengharamkan rakyat merokok apabila dia ingin berhenti merokok selepas pembedahan jantungnya.

7. Melaksanakan akta yang mengharamkan lelaki berjanggut dan berambut panjang.

8. Mengharamkan pembaca berita di TV memakai alat solek kerana merasakan wanita Turkmenistan sudah cantik.

9. Mengharamkan pertunjukan circus,panggung wayang,opera dan ballet dancing.

10. Mendirikan patung dirinya yang perbuat daripada emas yang akan sentiasa berpusing mengikut kedudukan matahari.

Pada 2006,Saparmurat meninggal dunia akibat serangan jantung dan Presiden baru Turkmenistan telaah pun memansuhkan semua akta mengarut yang dikenakan kepada rakyatnya sebelum itu. Pada 23 April 2010,akhirnya pertunjukan circus pertama kali diadakan semula selepas sembilan tahun dilarang dan penduduk Turkmenistan pun bergembira.Amat menarik apa kuasa boleh lakukan kepada seseorang manusia yang berkuasa terlalu lama.Happy ending untuk semua.(Bacaan lanjut) 


Trivia :  Turkmenistan juga adalah negara di mana terletaknya jurang besar yang dikenali sebagai "Hells Gate" atau "Pintu ke Neraka."(Gambar di sebelah)

Orang Mati Boleh Undurkan Kereta - Khalid



Laporan saksi cetus tanda tanya remaja ditembak, kata MP Khalid


Dengan mendedahkan kandungan laporan saksi insiden Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) meminta polis menghentikan segala ‘drama’ berkaitan kematian remaja tersebut awal minggu ini.

“Ini kerana laporan yang dikeluarkan media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian.

“Bagaimana seorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan dipandunya?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

“Dan, bagaimana parang boleh ada dalam kereta sedangkan cuma ada kasut dan patung sahaja? Ini memang tidak logik,” katanya lagi. Persoalan itu juga ditimbulkan oleh ibu Aminulrasyid beberapa hari lalu.

Khalid berkata, menurut saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi, jiran mangsa itu mengatakan ketika hari kejadian dia terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Dia membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam tadi.

“Pada mulanya saya menyangka bunyi mercun tetapi bunyi tersebut semakin kuat dengan rumah saya dan ia diselangi dengan bunyi siren polis.

“Kemudian saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada objek yang melanggar dinding dan saya terus keluar dari rumah dan melihat dua buah kereta peronda mengepung sebuah kereta yang terbabas.

“Saya terus meluru keluar ke tempat kejadian dan ternampak seseorang (saksi utama) berlari ke arah saya serta terdengar polis menjerit kepada individu tersebut supaya jangan lari,” kata Zafrullah dalam laporannya, yang salinan turut diedarkan kepada media.

Dalam laporannya dia mendakwa “saya mendapati kereta tersebut sudah terbabas dan melihat seorang lelaki berpakaian kemeja-T dan seluar pendek dalam keadaan muka tersembam di tempat duduk pemandu.”

Selain itu menurut Zafrullah Ahmad, dia melihat polis menggeledah kenderaan itu dengan menyuluh bahagian dalam kereta dengan menggunakan lampu suluh tetapi tidak melihat sebarang objek dalam kereta itu dialihkan atau dibawa masuk.

“Semasa polis menggeledah saya tidak nampak sebarang objek dalam kereta itu dialihkan ataupun dibawa masuk.

“Kemudian polis menyuruh kami (penduduk) berundur kira-kira lima meter dari tempat kejadian dan mereka memasang pita kuning di kawasan kejadian.

“Saya juga lihat dua anggota polis menyuluh dan menanda kesan tembakan di sepanjang kawasan kejadian. Kira-kira pukul 3.30 pagi seorang anggota polis mengarahkan orang awam untuk beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam laporan polis yang dibuat.

Aminulrasyid, 15, mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Khalid berkata, bagaimana polis boleh membuat siasatan dan kesimpulan tanpa mendapatkan keterangan daripada saksi.

“Polis buat siasatan tetapi tanpa saksi. Jadi bagaimana siasatan itu dibuat tanpa mendapat pengakuan daripada saksi terlebih dahulu?

“Saksi cerita lain tetapi dalam media dilaporkan lain, saya sendiri yang bawa saksi ke balai polis untuk membuat laoran dan dia telah menceritakan perkara sebenar kepada saya.

“Jadi, saya harap polis boleh membetulkan kembali segala kenyataan yang memberikan gambaran buruk kepada Allahyarham Aminulrasyid,” katanya.

Beliau turut membidas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya ahli politik tidak masuk campur dalam kejadian tersebut.

“Ahli politik ada tanggungjawab untuk ambil berat akan kes ini lagipun saya sebagai Ahli Parlimen tidak boleh buat tidak tahu sahaja.

“Ini kawasan saya, jadi saya mesti ambil tahu dan bertanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya sambil menambah, beliau bukan mahu mempolitikkan perkara itu.

“Saya mahu kebenaran didedahkan dan mangsa yang terkorban mendapat pembelaan yang sepatutnya,” katanya.

Khalid juga merayu orang ramai yang melihat kejadian itu supaya memberikan keterangan kepada polis supaya proses siasatan dapat dijalankan dengan dengan baik.

“Saya mahu orang ramai yang melihat kejadian supaya menjadi saksi dalam kes ini dan sekiranya takut untuk pergi seorang diri mereka boleh berjumpa dengan saya.

“Ini kerana saya yakin ramai yang melihat kejadian itu, dan saya amat berharap mereka tampil ke hadapan dan memberikan keterangan bagi mendapatkan keadilan bagi pihak mangsa dan keluarga,” katanya.

Tambahnya, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yang bersedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat adalah tidak profesional.

“Kalau itu kenyataan yang dikeluarkan, saya rasa lebih baik beliau meletakkan jawatan.

“Rakyat tegur kerana mahu penjelasan dan beliau perlu memberikan respons wajar dan profesional,” katanya lagi.

Sementara itu, ibu kepada Aminulrasyid, Norsiah Mohamad berkata dia masih belum membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat guaman kerana memerlukan masa untuk berbincang bersama ahli keluarga.

“Saya belum buat keputusan untuk mengambil peguam dari mana kerana kena berbincang dahulu dengan ahli keluarga,” katanya.