Thursday, July 5, 2012

jangan hanya saman UTUSAN dan media yang lain,namun saman sekali NGO sial yang pukul canang bangkit isu ini PERKASA sekali

Jikalau diimbas kembali semasa isu ini hangat dibangkit,gegak gempita seluruh negara,MAT SABU diserang karektornya dimedia tv3,utusan tanpa belas kasihan..isunya kerana menyokong fahaman komunis dan menghina polis dibukit kepong.kenyataan diputar belit hingga ada yang ingin mengugut beliau,tanpa rasa ingin menilai apa yang sebenarnya terjadi,selepas kes dibawa kemahkamah nampaknya isu ini umpama ditutup selagi boleh oleh media bangsat masing-masing..NGO PERKASA yang sebelum ini cukup galak menghentam diam seribu bahasa..antara yang menjadi tauladan ialah,jangan sesekali melatah tanpa mendengar dahulu kedua-dua belah pihak..itu yang terjadi kpd pengadu laporan polis Visva Nathan, 75 dari Raub..
Nasihat kepada ABANG MAT SABU,jangan hanya saman UTUSAN dan media yang lain,namun saman sekali NGO sial yang pukul canang bangkit isu ini PERKASA sekali.biar rakyat tahu..

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=keluarga+polis+maafkan+mat+sabu&source=web&cd=7&ved=0CGUQFjAG&url=http%3A%2F%2Fwww.malaysiakini.com%2Fnews%2F200562&ei=zrnxT-TfCoXUrQee49C9DQ&usg=AFQjCNGtf11o2U3oKxYhPDTO-ZicPE8ZVg
 

Chua soi lek label ADUN UMNO yang minta dilaksanakan hukum HUDUD sebagai 'HILANG AKAL'..

Chua soi lek label ADUN UMNO yang minta dilaksanakan hukum HUDUD sebagai 'HILANG AKAL'..YB MAHFUZ OMAR mendesak PAK BERAHIM ali kita ni nyatakan pendirian secepat mungkin..!!termasuk NGO LONGKANGNYA PERKASA sekali...!!..isu HUDUD bergema lagi dan kali ini ia satu tamparan hebat buat UMNO terutamnya NAJIB sebgai ketua BN..

Semakin ramai orang ingin bersama dengan PAS

Semakin ramai orang ingin bersama dengan PAS.Terkini bekas Timbalan Pengarah JAKIM yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Haji Yusof Hassan (gambar) menyertai PAS dengan menyerah borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Presiden PAS di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

PANAS! LEBUH RAYA RAKYAT DI SABOTAJ KERAJAAN PUSAT?

Kedahkini: PANAS! LEBUH RAYA RAKYAT DI SABOTAJ KERAJAAN PUSAT?:




Ada cubaan sabotaj dimana Jurukur asal projek telah dihalang untuk menyerahkan lapuran kerja kepada kerajaan negeri. Menurut Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ) berkata,
kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.


Royalti minyak dinafi, bijih besi pula ditemui -royalti bijih besi akan digunakan membiayai sebahagian kos lebuh raya tersebut.

KOTA BHARU: Ketika kerajaan pusat masih menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, sebaliknya bijih besi pula ditemui di bumi negeri ini.

Bijih besi tersebut sekarang dieksport sebanyak 40,000 tan metrik setiap minggu melalui Tok Bali ke China.



Kapal dari China kini berlabuh kira-kira 1.4 batu nautika dari pantai Tok Bali bagi mengangkut bijih besi, di mana ia diangkut ke kapal menggunakan 20 tongkang dari jeti di Tok Bali. (Gambar atas)

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar bawah) berkata, sebelum ini bijih besi tersebut dieksport ke China melalui pelabuhan di Kemaman dan Kuantan yang melibatkan kos agak tinggi.

“Namun sekarang bijih besi tersebut dieksport melalui pelabuhan di Tok Bali yang ternyata lebih menjimatkan kos pengangkutan,” katanya menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, hasil royalti tersebut dijangka dapat menampung kos pembinaan pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

Menurutnya daripada hasil royalti besi sekurang-kurangnya dapat menampung bayaran tertunda projek lebuh raya berkenaan yang ditetapkan dalam masa 25 tahun.

“Kita telah berusaha memecahkan benteng kongkongan dan halangan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Idea yang dicetus Menteri Besar bagi mengamalkan konsep wakaf sebagai satu nilai tambah.

“Usaha itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan biar pun promosinya belum dilakukan secara meluas, namun dana yang disumbang secara online sekarang sebanyak RM430,000,” ujarnya.

Kata beliau kerajaan negeri akan mewujudkan dana amanah di bawah Perbendaraan Negeri bagi


mengurus sumbangan orang ramai.

Malah pada 7 Julai ini artis-artis yang menyertai PAS akan mengadakan program khusus bagi menyokong projek lebuh raya rakyat.

“Pada Ramadan nanti kita juga akan lancarkan kutipan dana di Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai turut sama menyumbang,” ujarnya.

Husam juga memberitahu lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.

Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.

Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.

“Kita akan laporkan setiap minggu perkembangan projek pembinaan lebuh raya tersebut selepas ini bagi pengetahuan rakyat,” katanya

Kepada Sharifah Aini, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Mengikut rakan facebook, biduanita negara Dato' Sharifah Aini akan mengumumkan kemasukkannya ke dalam PAS pada bulan Julai ini.

Baguslah, setelah berpuluh tahun bergelumang dalam Umno sebagai seorang selebriti tersohor, mungkin beliau agaknya baru tersedar bahawa Umno tidak membawa insan ke arah ketuhanan.

Sharifah Aini yang berasal dari Johor, sejak akhir-akhir ini begitu berminat menyampaikan lagu-lagu dakwah dan menyanyi untuk kutipan dana anak-anak yatim.

Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang belajar di tahfiz Al-Quran.

Walau bagaimanapun, beliau dikatakan tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini dan pernah dimasukkan ke wad.

Eloklah, walau bagaimana kontroversinya sepanjang kehidupan kita, yang penting di hujung kehidupan kita memilih Islam sebagai ikutan hidup dan perjuangan kerana itu lebih bermakna daripada awal-awalnya Islam tetapi akhirnya memilih jahiliyyah!

Kepada Sharifah Aini, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kita ucapkan.
Selamat menjalani hidup sebenar!
 —

Ramalan Pru 13

Sungguh memalukan...

Renungan untuk Sahabatku

utusan kena saman

Ade UMNO kisah..???

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa prospektus Felda Global Ventures Holdings (FGVH) "menipu"

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa prospektus Felda Global Ventures Holdings (FGVH) "menipu" kerana menyenaraikan tanah Felda di negeri Pakatan Rakyat sebagai aset bagi tujuan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, negeri Pakatan khususnya Kelantan tidak pernah menyerahkan tanah untuk proses penyenaraian dan dinyatakan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri.

Tamrin Ghafar diugut akan diaibkan sama seperti anwar dan azmin...

Tamrin Ghafar diugut akan diaibkan sama seperti anwar dan azmin...

Hari ini merupakan tamat tempoh yg diberikan kpd anak negarawan bekas TPM TUN GHAFAR BABA, supaya membuat kputusan sama ade ingin meneruskan kembara gelajah mncerahkan iman diseluruh negara serta menyedarkan rakyat betapa busuknya dan jahat UMNO ataupun beliau akan menerima padah.... Kata dua telah diberikan kpd Tamrin untuk mmbuat perhitungan teakhir menerusi satu panggilan telefon...

Rumah yg dibaca bismillahirahmanirrahim ketika ditutup pintu terutama pada waktu maghrib tak akan di masuki syaitan..

Rumah yg dibaca bismillahirahmanirrahim ketika ditutup pintu terutama pada waktu maghrib tak akan di masuki syaitan..
(walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang.., ia tidak akan dpt masuk juga)

♥ Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Pemimpin dan Parti yg macam nie ke kita mahukan....??

Pemimpin dan Parti yg macam nie ke kita mahukan....?? bkn aku yg kate..paper yg tulis... cai2 meno..jgn nak meroyan..terimalah hakikatnyaaa....

rakyat diseru berjimat cermat..

kita siapa nak pertikaikan kalau ade artis @ selebriti nk berubah..???

.:: hidayahALLAHsesuatuYANGbernilai ::.
kita siapa nak pertikaikan kalau ade artis @ selebriti nk berubah..??? 
D0H MU N0K KEKAL DLM JAHiL & SEKULAR iK0T PANDAi MU R.. KANG KUBUR MASiNG2.. PANASANG SKiT XBAHANG NASiK LG..
jkk! ki3.. realisasikn PGU realitikn ABU -syaban kini' RAMADHAN ku rindui-

BR1m - RM500

paranoid fobia

tembak nak guling kerajaan

Patutlah beria ia nak kenakan SAMAN kapada RAKYAT.. dari RM300 kepada RM2000 .. rupanya ada udang di sebalik batu...

Patutlah beria ia nak kenakan SAMAN kapada RAKYAT.. dari RM300 kepada RM2000 .. rupanya ada udang i sebalik batu...

see more : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/07/swastakan-syarikat-saman-bencana-kepada.html

see more : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/07/swastakan-syarikat-saman-bencana-kepada.html

"bismillah allazi la yadhurru"

Ramai yg kena santau makanan melalui Kedai-kedai makan yg meletak santau pelaris... 
baca 7x "bismillah allazi la yadhurru" 
ketika hendak makan,,
boleh pecah bekas makanan yg ada santau tu.

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

سْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Sesiapa yang membaca doa ini apa-apa pun tidak akan dapat memberi mudarat padanya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, IBn Majah dan Musnad Ahmad

kamal antartuk mayat yang tak diterima bumi

::kamal antartuk mayat yang tak diterima bumi::

TERPAKSA DIBINA KONKRIT UTK TANAM MAYATNYA.
BETAPA HINANYA. ATAS DUNIA TUHAN TUNJUK DAH

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.Belaiu telah mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).

3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira(Boneka) yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam.

Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama.


**mana2 masih menyokong golongan yang lawan ulamak,ingatlah kisah ini!!!!

Suruhanjaya Penipu Rakyat

Rakyat yang masih otak beku je yang sokong UMNO

Thamrin Tun Ghafar diugut oleh pemimpin UMNO



Nusajayakini.com

PULAI: Keputusan Dato' Thamrin Tun Ghafar Baba untuk berceramah di pentas Pakatan Rakyat mengundang resah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sehingga menyebabkan beliau ditelefon oleh individu yang tidak dikenali. individu tersebut telah mengugut beliau agar menghentikan segala bentuk ceramah di pentas Pakatan Rakyat.


"Saya ini masih lagi ahli UMNO. Saya dihubungi oleh orang UMNO yang tidak senang saya bersama tuan-tuan pada hari ini di pentas Pakatan Rakyat. Mereka minta saya hentikan segera program-program ceramah di pentas Pakatan Rakyat. 

Jika saya enggan, saya turut akan menjadi sebahagian daripada individu yang akan diserang seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain"

"Saya tidak gentar dengan ugutan mereka. Saya sekarang ini berasa sangat selesa bercermah di pentas Pakatan Rakyat. Saya tidak akan berselindung lagi dalam menyatakan kebenaran dan membongkar segala salah laku yang berlaku di dalam UMNO" jelas beliau lagi yang merupakan anak kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Ghafar Baba dan juga pernah memegang jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Dato' Thamrin Tun Ghafar juga menyatakan bahawa beliau juga sudah lama tidak mengundi UMNO dan mengajak rakyat Johor utnuk tidak lagi menyokong UMNO sebaliknya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Sudah lama saya tidak undi UMNO ini. Saya harap tuan-tuan juga jangan undi UMNO dan berikan undi kepada Pakatan Rakyat. Saya juga tidak pernah gentar jika saya dipecat dari UMNO" ujar belaiu lagi semasa majlis bersama anak-anak negeri Kelantan di PPR Kempas.

-selatanonline-

Dulu cemuhan FANATIK dan TAKSUB sering dimanipulasikan oleh pemimpin2 UMNO untuk mengambarkan imej buruk pendokong PAS

Dulu cemuhan FANATIK dan TAKSUB sering dimanipulasikan oleh pemimpin2 UMNO untuk mengambarkan imej buruk pendokong PAS, NAMUN kini ayat2 yang serupa dikembalikan pula kepada UMNO yg sebenar-benarlah bersikap demikian…

pangkah jangan tak pangkah

Himpunan Oren 14hb Julai 2012 Sabtu di Kuala Lumpur

bila sultan & ulamak bgandingan.. lihatlah dunia..

KEKUFURAN

:::KEKUFURAN ::::
Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, 
yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimparkan ke dalam Neraka Jahannam
REJIM BASYAR ASAD DAN SEKUTU LAKNATULLAH.

layari VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=fb05bSV-q9o

Inilah Bendera terakhir milik tentera Islam di Sepanyol yang berperang menentang tentera Salib yg berakhir dengan kekalahan tentera Islam

Inilah Bendera terakhir milik tentera Islam di Sepanyol yang berperang menentang tentera Salib yg berakhir dengan kekalahan tentera Islam ,
bendera ini berada di dalam simpanan kerajaan Sepanyol dan mereka melakukan upacara ini sebagai memperingati kemenangan Salib ke atas tentera Islam, 
tetapi yang sedihnya umat Islam pada hari ini lupa sejarah hitam ini 
bahkan bergembira dengan kemenangan Sepanyol dalam piala Eropah.

sumber : 
1.Ustaz Nazmi
2.https://www.facebook.com/photo.php?fbid=371467472918872&set=a.343994562332830.78927.343908282341458&type=1&ref=nf

menang sorak kampung tergadai

yang haram tu yang di carinya.

Siasah Tidak Lagi Milik Saya...

Siasah Tidak Lagi Milik Saya...:

http://msomelayu.blogspot.com,04 Jul 2012

Lukisan Rasa

Hari ini 15 Syaaban 1433 saya tidak membuat apa-apa posting atau catatan kerana agak sibuk sedikit. Sibuk jiwa! Hari ini pagi-pagi lagi saya ke pejabatSiasah di Taman Tun Dr Ismail bagi menghadiri majlis khas yang dibuat untuk saya oleh kakitangan pejabat akhbar Siasah, iaini perpisahan saya denganSiasah secara rasmi.
Menerima cenderamata dari Siasah Sdn Bhd.
Beberapa bulan sebelum ini kedudukan saya dan juga Siasah menjadi teka teki. Boleh dikatakan setiap hari ada-ada saja pertanyaan dan persoalan mengenai Siasah, baik oleh pembaca dan rakan-rakan seprofesyen bertanya saya mengenai dengan Siasah. Begitu juga bila saya turun ke mana-mana saya akan disapa dengan pertanyaan apa jadi dengan Siasah. Rupanya pembaca Siasah berada di mana-mana. Mereka mengenali Siasah sinonim dengan mengenali saya.

Dalam pada itu ada juga yang cengeng dengan saya kerana tidak dapat menerima tabloid kesayangan mereka itu berubah 'perangai' secara mendadak. Kritikan atau pun sapaan menerusi SMS dan email ada yang lebih dahsyat dari itu. Tetapi semua itu saya tidak peduli kerana HANYA KITA MEMAHAMI DIRI KITA. Yang baik hati dan memahami tidak membuka mulut untuk bertanya mengenai nasib Siasah kerana mereka mungkin tahu kekok untuk saya menjawabnya. Mereka yang pernah terlibat dengan dunia penerbitan (akhbar) lagi arif akan suka dukanya menerbit sebuah surat khabar yang bermodalkan air liur, semangat dan bakat semata-mata.

Hari ini memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit penjelasan mengenai Siasah dan kedudukan saya atau kaitan dengannya. Semoga dengan penjelasan ini pembaca Siasah yang berada dalam keadaan kelu, sedih dan geram akan dapat membuat konklusi sendiri, apa sudah berlaku. Mereka yang pelik, 'terkejut beruk' melihat Siasah kini juga akan dapat membuat penilaian dan menjawab sendiri dengan penjelasan ringkas ini.

Saya sebenarnya tidak bertanggungjawab ke atas Siasah sejak Novermber 2011 lagi. Tepatnya selepas bermulanya isu Bersih 2.0 saya tidak lagi berkarya dan berjihad di dalam Siasah. Saya tidak mentalaqkan Siasah tetapi saya mufarakah darinya. Isu mengenai ulasan mengenai Bersih 2.0 itu adalah isu terakhir ia di bawah tangan saya. Selepas itu Siasah juga dihentikan penerbitan sehinggalah ia menjelma kembali selepas enam bulan kemudian dengan wajah dan kandungan yang ada hari ini.

Tetapi disebabkan orang melihat Siasah itu Sayuti, dan Sayuti itu Siasah ia terus dikaitkan dengan saya. Tidak boleh tidak kerana Siasah itu adalah milik saya (permitnya).  Saya diajukan berbagai persoalan dan pertanyaan apakah saya masih bertanggungjawab terhadap Siasah. Mereka bertanya kerana persembahan Siasah bukan dari citarasa, laras atau aspirasi perjuangan saya selama mereka mengenali saya. Siasah bukan lagi Bebas Berwibawa tetapi terkongkong hilang wibawa. Itu yang mereka rasa.

Mereka yang serasi dengan Siasah terdahulu yang kritikal dan pro pembangkang marah dan murih kepada saya dengan apa yang berlaku. Pelbagai tohmahan tersebar termasuk dalam media maya. Itu hak kepada sesiapa untuk berbuat demikian. Tidak perlu untuk saya menjelaskan semua itu, atau kenapa berlaku demikian kerana ia tidak mudah untuk diterima dan difahami apa juga alasan dan jawaban. Ada kalanya persepsi mengatasi realiti. Dalam hal ini bagi saya Tuhan tidak marah atas apa yang kita lakukan kerana Tuhan lebih baik daripada hambanya.

Dalam penjelasan ini juga saya tidak mahu memberi alasan untuk mereka yang minat kepada Siasah dulu dapat menerima apa yang diucapkan ini. Cukup kalau saya katakan begini, berat mata memadang, berat lagi bahu memikul. Kalau anda menangis dengan nasib dialami Siasah saya pula sudah ketiadaan air mata untuk menyedihinya. Dalam hal ini saya bukan sahaja memikul tetapi melahir dan membesarkan Siasah sehingganya ia diterliuri oleh orang untuk meminangnya ia setelah ia besar tentulah lebih emosi mengenai Siasah.

Sesiapa tidak puas hati boleh berjumpa dengan saya secara baik berdepanan. Bukan niat saya di sini untuk menulis dan mencatat salah sesiapa dalam hal ini ...kerana betapa pun saya menjelaskan semua itu akhirnya kesalahan akan dipulangkan juga ke atas batu jemala saya kerana saya tuan punya asalnya yang bertanggungjawab dan berkuasa memutuskan apa-apa mengenai.

Jadi hari ini sukacita saya jelasnya bahawa "Sayuti" tidak ada kena mengena lagi dengan Siasah. Sayuti telah melepaskan segala kepentingannya di dalamSiasah sama ada sebagai pekerja tuan punya atau apa-apa. Yang akan dipunyai Sayuti hanyalah kenangan dan kenangan.

Kenapa saya berbuat begitu, rasanya tidak perlu dinyatakan kerana pembaca yang bijaksana dan arifillah serta menjejaki perjuangan saya selama ini (berpuluh tahun lalu) mengetahuinya di mana saya sebenarnya. Kepada mereka yang mengirimkan salam; "saya tak beli Siasah lagi", saya tidak terasa hati kerana saya juga tidak menyentuh Siasah sejak saya melepaskan tanggungjawab editorialnya.
Bergambar kenangan bersama staaf Siasah.
Jadi majlis perpisahan tengah hari tadi adalah inisiatif stafSiasah yang ikhlas dan sabar sama-sama berjuang dengan saya di periode kedua itu. Terima kasih kepada semua staf Siasah kerana mengadakan majlis itu yang secara tidak langsung memberikan ruang dan 'cerlak' untuk saya membuat posting ini.

Tidak pernah terlupa sekelumit waktu jua ialah kepada pembaca Siasah dari awal hingga akhir khasnya di era saya dan Ahmad Lutfi Othman serta Zulkifli Sulong menjadi Pengarangnya. Sokongan anda itulah yang meletakan kami (saya) di atas tanah juang ini. Bagaimana tentang saya, tentang saya tidak perlu dirisaukan sebab saya berjuang menerusi pena ini lama sebelum wujudnya Siasah. InsyaAllah... Allah akan membuka thariq buat saya selagi saya yakin dengan-Nya. [wm.kl.9:38 pm 04/07/12]

Kerajaan Selangor Saman MCA?

Kerajaan Selangor Saman MCA?:


http://tukanglawan.blogspot.com,05 Jul 2012

Dah banyak dah laman blog memainkan isu ini, laman rasmi Menteri Besar Selangor pun dah secara rasmi umumkan perkara ni. ( tengok sini), isunya Kerajaan negeri Selangor nak saman MCA kerana telah memburuk-burukkan kerajaan negeri selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam sidang media semalam menyatakan tindakan tersebut diambil memandangkan tuduhan yang dibuat bukan sahaja tidak benar, bahkan telah mencemarkan nama baik kerajaan negeri Selangor.
"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman MCA dan mereka yang telah membuat tuduhan terhadap kerajaan negeri berkenaan tohmahan penyelewengan RM1 ribu juta.
"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan yang dibuat ini tidak benar, berat dan mencemar nama baik kerajaan Selangor," katanya.
Sehubungan itu kita tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan kelak,” tambah beliau
Habislah MCA kalau negeri selangor menang kes ni, apa pun, kerana kerajaan selangor yang saman, MCA, dah pasti duit tu akan disalurkan kepada rakyat negeri selangor, tapi kalau BN dapat balik Selangor dah pasti kes tu nanti tutup macam tu je. siapa yang rugi?, rakyat selangor, yaang untung BN.
Jadi jom pakat-pakat pertahan Selangor, kalau dapat la Selangor pada BN, joli sakan umno, sebab Negeri selangor dah kaya sekarang, duit simpanan je dah billion, billion.... tau banyak mana tak?
Kalau tak tahu banyak mana Billion, Billion tu tanya Rosmah.. kah..kah..kah.

PAS arah semua ahli sertai himpunan Oren

PAS arah semua ahli sertai himpunan Oren:



(Surat rasmi Mustafa mengarahkan ahli PAS sertai Himpunan Oren)

KUALA LUMPUR: PAS secara rasmi mengarahkan semua ahlinya yang berkesempatan agar menyertai perhimpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini.

Arahan rasmi itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu suratnya kepada semua pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Surat yang bertarikh 29 Jun itu memaklumkan, mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 10 Jun telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Oren Selamatkan Felda.

Ia merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH).

"Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita terhadap penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung," kata Mustafa daam surat itu.

Sehubungan itu, katanya, semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat diarahkan hadir ke himpunan tersebut.

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 2 petang pada hari Sabtu.

Sebagai makluman, kata Mustafa, semua peserta digalakkan memakai pakaian warna oren sebagai tanda kebersamaan membantah penyenaraian tersebut.

Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada tergendalanya perjalanan program ini, tulis Mustafa lagi.

Surat yang ditulis Mustafa ini mula dimasukkan ke dalam facebook dan diedarkan kepada semua ahli dan pemimpin PAS.


Maklum kepada polis




Sementara itu, Mazlan Aliman bersama beberapa orang lagi menyerahkan surat pemakluman Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini di Ibu Pejabat Polis Sentul di Jinjang, Kuala Lumpur.

Turyt serta bersama beliau adalah Dr Rosli Yaakob, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood dan Fadhil Othman.

"Insyaallah, selepas ini surat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong akan menyusul untuk memohon perkenan menyerahkan memo pada 14 Julai ini di Istana Negara," kata Mazlan melalui Facebooknya.

Najib ‘mati kutu’ untuk bubar parlimen – Aziz Bari

Najib ‘mati kutu’ untuk bubar parlimen – Aziz Bari:

Ahmad Danial,04 Jul 2012

MELAKA: Pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang berkeadaan ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana rakyat semakin menolak BN.

"Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar Parlimen.

"Segala perancangan dan tindakan Umno BN selama ini tidak dapat mengubah persepsi negatif terhadap Umno BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN," ujar Abdul Aziz yang sekarang menjadi ahli politik sepenuh masa.

Justeru, beliau berkata rakyat mesti bekerja kuat untuk memastikan negara ini diselamatkan dari pentadbiran BN yang jelas korup, mengamalkan nepotisme, membazir dan membelakangkan undang-undang demokrasi.

"Kita yakin walaupun mereka mendaftarkan puluhan malah ratusan ribu pengundi luar yang bukan warganegara, Umno BN tetap tumbang dengan kuasa rakyat," katanya dalam majlis ceramah di Taman Indah dekat sini malam tadi.

Menyentuh tentang keengganan Najib untuk berdebat dengan Anwar, beliau berkata ia sudah menjadi sifat dan lumrah pemimpin Umno BN yang sememangnya takut untuk berhadapan secara anak jantan dengan lawan politk dan rakyat sendiri.

"Sampai bila pun Najib takkan berani berdebat dengan Anwar dan Najib akan sentiasa mencari alasan dan helah untuk tidak berdenat dengan Anwar.

"Anwar kata dia cakap 20 minit, Najib bercakap 40 minit pun tak apa asalkan Najib berani untuk berdebat dalam apa juga tajuk," katanya.

Atas kertas, semua calon PAS Selangor kalah

Atas kertas, semua calon PAS Selangor kalah:

Harakahdaily,04 Jul 2012

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman (gambar) berkata, pertambahan mendadak pengundi baru yang diragui di Selangor memperlihatkan atas kertas tiada seorang pun calon PAS boleh menang dalam PRU-13 ini.

Katanya, maklumat semasa di 20 Dun yang bakal ditandingi PAS, pertambahan pengundi baru sangat ketara dan luar biasa menyebabkan kerusi yang ditandingi sangat tidak selamat.

Keadaan sekarang di Selangor juga katanya mirip apa yang dilakukan terhadap negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum tahun 2004 di mana kerajaan negeri yang diterajui PAS ketika itu jatuh kepada BN.

"Atas kertas satu orang pun calon PAS tak boleh menang sekarang ini dengan kemasukan 600 ribu pengundi baru yang meragukan di negeri ini," katanya dalam rancangan Fokus Isu, Selangorku semalam.

Beliau yang juga pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) berkata demikian ketika diminta mengulas peluang PAS di negeri itu khususnya di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi parti itu.

Ditanya tindakan jentera parti menghadapi situasi itu, Dr Rani berkata pihaknya kini sedang 'all out' menjalankan pengesanan pengundi baru melalui program Selangorku Bersih yang dijalankan kerajaan negeri.

"Kita sedang kumpul nama yang diragui, kita akan buat laporan polis dan jika perlu pendakwaan di mahkamah sekalipun kita akan buat.

"Sekarang ini kita 'all out' jalankan pengesanan melalui Selangorku Bersih ini," katanya lagi.

Selangorku Bersih merupakan program membersihkan daftar pemilih ekoran pertambahan pemilih secara mendadak di Selangor sekaligus ianya mampu membantu tugas SPR.

Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.

Pada masa yang sama beliau menyeru kepada seluruh jentera parti negeri itu mengadakan solat hajat agar diberi pertolongan oleh Allah menghadapi situasi itu.

"Tahun 2008 siapa boleh jangka kita menang. Sampai Khir Toyo kata nak bagi pembangkang sifar di Selangor.

"Ada kata di Meru, letak katak pun BN boleh menang. Tapi Allah lebih berkuasa menentukan," katanya.

Susupan pagi: Pencerap hantu ditangkap polis

Susupan pagi: Pencerap hantu ditangkap polis:


Mohd Sayuti Omar,05 Jul 2012
Akhirnya blogger yang menggunakan nama samaran Uncleseekers atau Syed Abdullah Syed Hussein Alattas(gambar) telah ditahan polis malam tadi. Syed Abdullah yang sebelum ini merupakan pimipin kepada sebuah team pencerap hantu dikehendaki polis ekoran pendedahan berani beliau dalam blognya mengenai cerita-cerita di istana Johor.

Semua orang menggeleng kepala dan ada yang memuji keberanian Syed Abdullah 'menyerang' istana Johor. Paling mengujakan bagaimana Syed Abdullah boleh bertahan untuk beberapa minggu atau bulan dari ditahan polis. Saya sendiri ditanya oleh banyak orang mengenai keberanian Syed Abdullah namun tidak sedia untuk mengomennya urusan keberanian dan integriti adalah urusan peribadi.


Malam tadi satu PM masuk ke box saya  meminta saya memberi ulasan berhubung keberanian Uncleseekers tetapi saya menjawabnya tidak perlu mengulas mengenai itu. Kedua subjek itu, Uncleseekers dan istana Johor tidak menarik minat saya. Sebab itu kalau ada rakan-rakan tag cerita fasal beliau dan menyertakan sekali ULR alamat blog untuk dilayari saya membuangnya.


Isu Syed Abdullah kita serahkan kepada polis untuk menguruskannya. Kalau benar apa yang ditulis itu boleh menjejaskan institusi raja-raja khasnya dan meruntuhkan kekuatan dan integriti Melayu, ia wajar diambil tindakan dan penulis seperti itu perlu juga diawasi. Cuma satu diharapkan jangan tahan Syed Abdullah begitu saja jauh sekali hanya untuk mengancamnya agar tidak menulis, tetapi bawa ke mahkamah dan pihak terbabit harus menyamannya untuk membolehkan Syed Abdullah menjawab segala dakwaan dan tuduhan beraninya itu.


Dalam pada itu saya mendapat tahu pihak polis sedang mengesan dan mencari beberapa orang lagi blogger "liar" maksudnya blogger yang tidak mempedulikan etika dalam penulisan atau yang menulis dalam kotak berwarna malam di waktu malam. Diingatkan kepada blogger berkenaan berhati-hati jangan sampai diserkup polis atau anda perlu mengubah segera irama penulisan anda biar beretika.

Sama-sama kita tunggu apa pula 'keberanian' Syed Abdullah nanti. Saya percaya selepas selesai disoalsiasat oleh polis beliau akan mencatatkan pengalaman itu untuk para penjenguk blognya. [wm.kl.9 am. 05/07/12] -http://www.msomelayu.blogspot.com/

Hentikan segala amalan yang menganak - tirikan

Hentikan segala amalan yang menganak - tirikan kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat

“Saya rasa tiada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini (royalti) daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan)…..
ADA MINYAK BAYARLAH…….

Tak de (wang ehsan) dalam akta petroleum. Wang ehsan ni sedekah. Rakyat Kelantan bukan nak mintak sedekah. Ini ROYALTI HAK DIA.

Tengku Razaleigh Hamzah
 

Sifat merendah diri dan zuhud

Sifat merendah diri dan zuhud terserlah ketika Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS ingin mengeluarkan wang lalu dompetnya terjatuh di atas lantai pada program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor di Dataran Dahlia, dekat sini, baru-baru ini.

Menariknya, apabila dompetnya itu hanyalah sekeping sampul surat biasa telah membuatkan ramai yang terkejut dan sukar untuk mempercayai seorang yang bertaraf menteri besar hanya memiliki sesuatu seperti demikian.

UNISEL lebih baik dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat


Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad menyifatkan universiti tersebut kini adalah lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berbanding kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum itu.

Menurutnya, kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang mengatakan kononnya universiti tersebut tidak menghadapi sebarang masalah semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana mendapat sumber kewangan sendiri adalah sebagai tidak
tepat.

Beliau berkata, dahulu kewangan Unisel dikawal sepenuhnya Kerajaan Negeri tetapi kini pihak Unisel boleh berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai perkara tersebut.

“Kalau nak dibuat perbandingan, Unisel pada hari ini adalah lebih baik berbanding dahulu kerana dahulu yang bermasalah.

“Macam sekarang soal kewangan saya sendiri boleh mengetahuinya dan boleh berbincang dengan Menteri Besar”

P/S : PR memang pilihan yang terbaiklah berbanding Umno/BN.....(FAKTA)

HARGA MINYAK RON97 TURUN LAGI RM0.20 SEN SELITER ..... KENAPA RON95 TAK TURUN?

HARGA MINYAK RON97 TURUN LAGI RM0.20 SEN SELITER .....

1MALAYSIA.. JANJI DITEPATI..TAHNIAH BUAT RAKYAT MALAYSIA.. SATU LAGI HADIAH BUAT KALIAN.. HARGA MINYAK TURUN LAGI 20 SEN ....... TAPI BUKAN MINYAK YANG BIASA RAKYAT GUNA... KALAU SETAKAT GUNA KENDERAAN BAWAH 2000CC TERMASUK ORANG KAMPUNG YANG GUNA MOTOSIKAL KAPCAI... MAKA TAK ADA MAKNANYA PENURUNAN HARGA MINYAK INI... YANG PASTI PEMIMPIN UMNO, AHLI UMNO DAN PENCACAI UMNO PASTI BANGGA DENGAN BERITA BAIK INI...

P/S.. PELIK....KALAU RON 97 BOLEH DITURUNKAN MENGAPA TIDAK RON 95..????....RAKYAT DIDAHULUKANLAH KATAKAN...

“Matlamat kami bukan untuk menghukum. Kita perlu meyakinkan dan menjelaskan kepada penduduk mengenai peraturan undang-undang Islam”

DIA memakai topi keledar dan menunggang skuter di Banda Aceh, ibu negeri wilayah Aceh, Indonesia dengan mematuhi semua peraturan dan undang-undang.

Namun, Yuli masih ditahan polis syariah. Kesalahannya: memakai jeans ketat dan baju yang agak menjolok mata.

Gadis berusia 20 tahun itu hanya tunduk dan tidak membantah apabila ditegur pegawai lelaki yang menahannya.

“Saya berjanji akan berpakaian lebih sopan,” kata Yuli, menyebabkan dia hanya diberi amaran oleh pegawai berkenaan.

“Matlamat kami bukan untuk menghukum. Kita perlu meyakinkan dan menjelaskan kepada penduduk mengenai peraturan undang-undang Islam”
“Mesej kami sudah tersebar dan ketika ini jenayah semakin berkurangan,”
Iskander, Ketua Pasukan Wilayatul Hisbah Banda Aceh.

500 pelajar dipaksa berhenti belajar

 Sebahagian daripada pelajar bersama barangan mereka  sebelum pulang   ke kediaman masing-masing di Kuala Lumpur, kelmarin. - Foto Sugumaran Suppiah/BHSebahagian daripada pelajar bersama barangan mereka sebelum pulang ke kediaman masing-masing di Kuala Lumpur, kelmarin. - Foto Sugumaran Suppiah/BH
Pengurusan kolej kejururawatan dipercayai tak mampu lanjut operasi 

Seri Kembangan: Nasib hampir 500 pelajar kolej kejururawatan swasta, di sini, menjadi tanda tanya apabila terpaksa memberhentikan pengajian seterusnya mengosongkan asrama kediaman mereka. Difahamkan, mereka hanya diberikan notis pengosongan kediaman Isnin lalu dan arahkan pengurusan kolej untuk mengosongkan kediaman dalam tempoh dua hari. 
Keadaan bertambah mengelirukan apabila tiada keputusan diberikan oleh pengurusan kolej atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), di mana mereka akan ditempatkan untuk meneruskan baki pengajian selepas ini. 

Pelajar semester lima yang mahu dikenali sebagai, Ami Ahmadi, 21, berkata mereka dimaklum pengurusan dalam satu pertemuan bahawa kolej itu sudah tidak mampu meneruskan operasi. 

“Yuran pengajian bagi enam semester berjumlah RM54,000 sudah dibayar kepada kolej melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disebabkan masalah dalaman pengurusan kami menjadi mangsa. 

“Malah apa yang menyedihkan sudah hampir dua bulan rakan lain tidak masuk ke kelas dan kemudahan bas juga sudah tidak disediakan sedangkan ia termasuk dalam yuran pengajian,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam. 
Tinjauan dibuat selepas BH menerima aduan melalui ruangan Suara Komuniti dihantar oleh seorang penjaga pelajar yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu. 

Pelajar diploma kejururawatan semester enam kolej berkenaan, Fiza Musirin, 23, pula berkata, mereka terpaksa keluar memandangkan pengurusan pangsapuri bertindak memotong bekalan elektrik dan air asrama. 

“Kami berasa teraniaya, ke mana harus kami pergi. Saya berharap keputusan untuk memindahkan kami diberikan secepat mungkin,” katanya. 

“Desas desus mengenai masalah dihadapi pengurusan kolej sudah lama kami ketahui, kami tidak pernah dibawa berbincang malah difahamkan hanya lapan dari 30 pensyarah saja yang tinggal,” katanya. 

Sementara itu, bapa kepada pelajar berkenaan Asmadi Chik, 59, dari Pahang berasa amat kecewa apabila ibu bapa tidak dimaklumkan mengenai masalah dihadapi. 

“Apabila dihubungi oleh anak saya mengatakan bahawa mereka terpaksa mengosongkan asrama, saya terus memandu dari Pahang untuk membawa pulang anak saya ke rumah,” katanya. 

Sementara itu, BH turut dimaklumkan ada segelintir pelajar yang sudah membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan, kerana khuatir masa depan pengajian mereka tergendala separuh jalan.

Antara fakta Menunjukkan Bahawa PR Lebih Cekap Dan Telus Mentadbir Negeri Berbanding BN.