Thursday, July 5, 2012

Kerajaan Selangor Saman MCA?

Kerajaan Selangor Saman MCA?:


http://tukanglawan.blogspot.com,05 Jul 2012

Dah banyak dah laman blog memainkan isu ini, laman rasmi Menteri Besar Selangor pun dah secara rasmi umumkan perkara ni. ( tengok sini), isunya Kerajaan negeri Selangor nak saman MCA kerana telah memburuk-burukkan kerajaan negeri selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam sidang media semalam menyatakan tindakan tersebut diambil memandangkan tuduhan yang dibuat bukan sahaja tidak benar, bahkan telah mencemarkan nama baik kerajaan negeri Selangor.
"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman MCA dan mereka yang telah membuat tuduhan terhadap kerajaan negeri berkenaan tohmahan penyelewengan RM1 ribu juta.
"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan yang dibuat ini tidak benar, berat dan mencemar nama baik kerajaan Selangor," katanya.
Sehubungan itu kita tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan kelak,” tambah beliau
Habislah MCA kalau negeri selangor menang kes ni, apa pun, kerana kerajaan selangor yang saman, MCA, dah pasti duit tu akan disalurkan kepada rakyat negeri selangor, tapi kalau BN dapat balik Selangor dah pasti kes tu nanti tutup macam tu je. siapa yang rugi?, rakyat selangor, yaang untung BN.
Jadi jom pakat-pakat pertahan Selangor, kalau dapat la Selangor pada BN, joli sakan umno, sebab Negeri selangor dah kaya sekarang, duit simpanan je dah billion, billion.... tau banyak mana tak?
Kalau tak tahu banyak mana Billion, Billion tu tanya Rosmah.. kah..kah..kah.

No comments:

Post a Comment